Antarabangsa

[Video]-Mitsubishi Evo X Tampak Bersahaja, Tetapi Banyak Jajan

Erywan
16/12/2020
04:36 MYT
Sponsor Banner
[Video]-Mitsubishi Evo X Tampak Bersahaja, Tetapi Banyak Jajan
Selepas 24 tahun, akhirnya Mitsubishi Evolution (Evo) menamatkan pengeluaran kereta berprestasi itu pada 2016. Sehingga kini, setiap generasi Mitsubishi Evo dari pertama sehingga terakhir iaitu ke-10 masih lagi menjadi idaman buat kaki kereta seluruh dunia.
Apa yang menarik, kenderaan ini seolah-olah anda membeli emas atau tanah, kerana harganya bukannya makin murah tetapi makin mahal akibat permintaan yang terlampau tinggi.
Bagi segmen N2ZS yang diambil dari perkataan ‘enthusiast’, memaparkan kisah seorang mekanik yang mempunyai minat mendalam dalam Mitsubishi Evo X.
Sebelum ini, dia juga pernah memiliki Proton Inspira sebelum membeli model Mitsubishi Evo X untuk memenuhi minatnya kepada kereta Japanese Domestic Market (JDM).
Apa yang menarik, Mitsubishi Evo X yang dimiliknya tidaklah dibiarkan standard, tetapi sudah dinaik taraf kepada beberapa aksesori terkemuka serta meningkatkan prestasi enjin yang lebih baik.
Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dilakukan pada Mitsubishi Evo X itu, jom tonton video di bawah:
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar