Hiburan
Zizan Razak ‘Punca’ Kedai Makan Tak Jadi Tutup - “Saya Tak Bayar Langsung & Dia Pun Tak Minta Percuma”
Siapa sangka, kedai yang dahulunya hanya tiga atau empat keluarga sahaja yang datang makan tapi selepas kehadiran pelakon Zizan Razak semuanya berubah.
Hampir tutup
Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik kedai makan Ricos Pizza Cafe yang terletak di Sungai Buloh mengakui dia sebenarnya hampir berputus asa kerana tidak mampu lagi menampung bebanan hutang.
“Selepas daripada video Zizan makan dekat kedai saya, Allah punya ramai orang macam ini. Saya minta maaf, saya memang tak boleh nak cover sebab terlalu ramai.
“Kami punya kedai tak ramai sangat pun orang. Paling ramai pun tiga ke empat keluarga yang datang makan. Jadi, kami hanya ada pekerja dalam lima orang.
ARTIKEL BERKAITAN: Baik Punya Ah Long: Zizan Imbau Kenangan Berlakon Bersama Allahyarham Adibah Noor - “Ia Satu Penghormatan Kepada Saya
ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Disunting Guna AI Untuk Promosi Judi, Ini Respons Zizan Razak - “Kenapa Orang Tu Pilih Muka Saya..”
“Sebenarnya minggu lalu saya nak tutup kedai dah, sebab dah tak mampu nak cover hutang, overhead sampai RM40,000. Jadi, saya buat menu baru,” kongsinya.
Pintu rezeki
Pada perkongsian yang sama, pemilik itu juga tidak menyangka video Zizan membuat ulasan mengenai makanan di kedainya membuka pintu rezeki yang luas.
“Saya post video menu baru pada Selasa, hari Rabu, Zizan datang dan saya minta izin Zizan untuk ambil video sikit untuk saya post buat testimoni. Dia kata boleh.
“Saya tak bayar Zizan langsung dan dia pun tak minta percuma, tak minta diskaun. Kemudian saya post video Zizan makan dekat kedai, hari Jumaat ramai orang datang.
“Dalam keadaan kami hanya ada staf lima orang, tiba-tiba ada 20 ke 30 keluarga datang berderu. Semua habis,” ujarnya.
@ricospizzacafe Saya mintak maaf kepada semua yang berderu datang ke kedai kami yang mendapat servis yang cukup teruk.. Sejujurnya kami sepanjang 2 tahun buka Ricos Pizza cafe, kami tak pernah dikunjungi pelanggan yang terlalu banyak. Sale kami pun amat-amat sendiri. Beberapa kali kami ambil keputusan nak tutup terus cafe ni. Tapi kami fikir, Allah tak suka hamba dia yang cepat putus asa. Kami terus bertahan walau simpanan kami hampir habis sebab banyaj kos yang tak lepas untuk kami tanggung. Ngeri tahun 2024, peniaga kecil macam kami. Kami buntu macam mana nak naikkan sale . Jadi kami terfikir untuk cuba buat menu steak dan thomawk termurah, kualiti bagus. Doa tanpa putus mohon Allah bimbing kami. Kami mula hari PERTAMA cuba menjual menu ni pada tarikh 19 Nov 2024 iaitu selalu baru-baru ni. Dan pada hari kedua , kami tidak sangka , ZIZAN RAZAK artis pertama sudi bawak keluarga dia datang sini. Kami tak jemput zizan untuk buat food review ka apa, tapi Zizan kata nak cuba sebab tengok dari tik tok . Dan sebelum kami lunching menu ni kami jemput Shahir influencer datanv buat food review . Dari situ orang mula tahu cafe kami ada jual steak dan tomahwk . Masyallah selepas kami ambil video zizan atas izin beliau, kami post kat tt kami dan izin ALLAH viral. Berderu pelanggan masuk. Kami jadi culture shock . Sesak nafas, terkejut. Dengan kapasitu staff yang ada dan keadaan kedai kami. Terpaksa angkut anak-anak yang sekolah rendah tolong jaga kaunter . Anak sorg lagi jaga bahagian dalam. Mana nak cari staff waktu tu terus ? ? kelam kelibut kami nak urus serta merta . Allahurabbi . Nak menangis sebab gembira ada sebab terlalu ramai, dan sedih juga sebab servis kami out. Dapat makian , pelanggan marah. Tapi semua itu memang salah kami. Apapun situasi ni tak melemahkan kami untuk terus berusaha cari jalan untuk baiki sistem pengurusan kami supaya semua gembira . Kami mintak maaf ya semua pelanggan yang datang dalam minggu ni sedih dengan servis kami. Doakan kami terus maju jaya dan Allah bantu lancarkan segala urusan kami . Doakan kami juga jadi usahawan berjaya dunia akhirat. Mohkn maaf lagi sekali pada semuanya yang datang dari pelbagai tempat jauh dan dekat . Semoga tidak serik untuk terus mengunjungi cafe kami. SIRUA’LABARAKATILLAH♬ Renungan Diri - Anto D'Ryuzaki
Must-Watch Video