Gaya Hidup

Pengalaman Baharu & Penuh Dengan Aktiviti Menarik, Jom Bercuti Di Western Australia!

Asyikin Mayudin
20/01/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Pengalaman Baharu & Penuh Dengan Aktiviti Menarik, Jom Bercuti Di Western Australia!
Kredit foto: RARE TV
Bila ada rezeki lebih, sudah pasti kita nak bercuti kan. Perth antara destinasi pilihan yang tepat untuk percutian! Bukan saja dekat kalau naik kapal terbang dari Kuala Lumpur, masa pun lebih kurang saja dengan Malaysia.
Sudah tentu destinasi yang menarik di Western Australia menawarkan pelbagai pengalaman unik dan menarik bagi pelancong. Antaranya ‘food hunting’ di pasar Fremantle.
Pasar Fremantle (Fremantle Markets) di Australia adalah tempat yang sangat popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan.
#1. Makanan Laut seperti kerang, udang, ikan, sotong dan ketam yang segar
#2. Produk Tempatan antaranya buah-buahan, sayur-sayuran organik, keju dan daging
#3. Makanan Etnik terutama makanan Melayu seperti hidangan nasi lemak dan kuih-muih tradisional. Bukan itu sahaja, makanan tradisi India, Itali, Cina dan Greek juga ada
#4. Makanan Sejuk Beku dan Snek seperti aiskrim artisan, pastri dan churros
#5. Makanan Vegan dan Vegetarian
#6. Makanan khas iaitu chili crab dan Fremantle Fish & Chips!
Pasar Fremantle yang menjadi lokasi popular pelancong & penduduk tempatan. Kredit foto: Tourism Western Australia
Bukan itu sahaja, aktiviti seperti Parasailing juga ada di Fremantle atau di Rottnest Island. Kredit foto: Cicerellos Jet Adventure.
Menariknya lagi kalau bercuti pada pertengahan Oktober hingga pertengahan November akan nampak bunga Jacaranda ada di seluruh bandar Perth. Untuk rasai ‘wildflower season’ boleh datang pada Julai hingga November.
Bunga Jacaranda, yang terletak di Apple Cross Perth
Wildflower yang boleh ditemui di Golden Outback, Australia. Kredit foto: Tourism Western Australia
Bukan itu sahaja, korang juga boleh melawat ‘kampung melayu’ yang terletak di Katanning.
Kampung Melayu di Katanning adalah contoh yang indah tentang bagaimana budaya Melayu telah berkembang dan menjadi sebahagian daripada sejarah Australia. Ia bukan hanya menarik dari segi warisan budaya, tetapi juga sebagai simbol perpaduan, keperibadian, dan identiti yang unik dalam sebuah negara yang berbilang bangsa. Untuk pelancong yang ingin mengalami sisi berbeza dari Australia, Kampung Melayu di Katanning adalah destinasi yang sangat menarik dan penuh makna sejarah.
Korang juga boleh menikmati penerbangan yang indah dengan melihat tasik pelangi berhampiran Esperance. Dapat tengok kanggaru putih di pantai di Lucky Bay dan nikmati penerbangan pemandangan untuk melihat pemandangan menakjubkan Tasik Pink dan Tasik Pelangi, pesisir pantai yang indah dan pantai putih salji di Cape Le Grand, Lucky Bay dan seterusnya. Selain singgah sekejap untuk ambil gambar di The Gap, Green Pool dan menonton ikan paus di Dunsborough.
Kanggaru di Lucky Bay, Cape Le Grand National Park. Kredit foto: Tourism Western Australia
Tengok ikan paus di Dunsborough
The Gap. Kredit foto: Tourism Western Australia
Nikmati pemandangan penerbangan, Esperance. Foto kredit: RARE TV
Lagi nak senang, korang boleh juga follow plan pergerakan RareTV sepanjang di Western Australia.

HARI

LOKASI

AKTIVITI

1.

Arrive Perth from KL

check in accommodation

2.

Perth, Fremantle

- Pick up motorhome (THL)

- Fremantle market (food hunting)

- Souvenir shopping at E-shed

- Lunch at Charco’s Chicken Flaming Grill

- Shop for fresh seafood at Seafresh Myaree

- Dinner at Sedap Place, Perth

3.

Perth – Katanning

- Photo stop at Applecross for Jacaranda Walk

- Check in accommodation at Katanning (farm stay)

4.

Katanning

- Masjid Katanning

- Meet & greet local community

- Katanning abattoir

5.

Katanning – Esperance

- Farm experience

- Wave Rock

- Check in accommodation (campervan site)

6.

Esperance

- Sunrise spot at Lucky Bay

- Pink Lake/Rainbow Lake, Lake Hillier (Scenic Flight - Helispirit)

- Esperance taker jetty

7.

Esperance – Albany

- Esperance town walk, food hunting

- Fishing, scuba dive at 11 Miles Beach (Lagoon)

- Photo taking

- Night cruising at Albany

8.

Albany – Denmark

- Albany Wind Farm

- The Gap

- Fishing

- Wildflower

- Green Pool

- Overnight in Albany

9.

Pemberton – Augusta - Leeuwin

- Tree Top Walk at Valley of the Giant, Pemberton

- Camping at Cape Leeuwin

- Canal Rocks

10.

Margaret River

- Injidup natural Spa, Yallingup

- Jesters Flat Horse riding

- Forest Adventures south west

11.

Margaret River – Dusborough

- Whale Watching

- Vasse Virgin (Olive Oil)

- Margaret River Chocolate Factory

- Glamping

12.

Busselton - Mandurah

- Busselton Jetty

- Fishing, Scuba Diving

- Underwater Discovery Centre

- Mandurah BBQ Boat

13.

Rottnest Island

- Full day rottnest island, cycling, scuba diving, beach hopping

14.

Perth

- Halal food hunting

- Kings Park

- Blue Boathouse

- Sky Dive at Rockingham

- Night fishing

15.

Perth – Lancelin

- Cervantes - Pinnacles

- Perth to Kalbarri

- Stop at Lancelin for sandboarding

- Star gazing at Pinnacles

16.

Cervantes - Geraldton

- Lobster Shack

- Swim with sea lion at Jurien Bay

- Geraldton

17.

Geraldton – Kalbarri

- Kalbarri national park

- Pink lake, Hutt Lagoon

- Scenic flight

18.

Kalbarri – Avon Valley – swan valley

- Hot Air Balloon

- Swan Valley

- Overnight: Perth

19.

Perth

- Last minute shopping in Perth

20.

Departure

- Return car and depart for KL

Tak payah pening-pening, korang boleh tengok paduan road trips Western Australia di sini.
Bukan itu saja, korang juga boleh tonton pengembaraan ‘road trip’ dengan RareTV
Sudah tentu pilihan yang mudah dan mengikut kemampuan dengan memilih penerbangan Singapore Airlines & Scoot untuk ke destinasi percutian.
Terbang Dengan Mudah Dari 11 Titik Di Malaysia Bersama Singapore Airlines dan Scoot
Perjalanan di sekitar Malaysia dan seterusnya menjadi lebih mudah dengan Singapore Airlines dan anak syarikatnya, Scoot. Sama ada untuk urusan perniagaan atau percutian, kedua-dua syarikat penerbangan ini menawarkan pelbagai laluan dari bandar utama di Malaysia, memastikan perjalanan anda lebih selesa dan efisien.
#1 Terbang Dari 11 Bandar Utama Di Malaysia
Singapore Airlines dan Scoot menghubungkan 11 bandar penting di Malaysia dengan destinasi antarabangsa, memudahkan anda untuk menerokai laluan domestik dan antarabangsa.
#1 Penerbangan Singapore Airlines/Scoot:
  • Kuala Lumpur
  • Pulau Pinang
#2 Penerbangan Scoot:
  • Ipoh
  • Kota Kinabalu
  • Kuantan
  • Kuching
  • Langkawi
  • Melaka
  • Miri
  • Sibu
  • Subang
#2 Pengalaman Penerbangan Dipertingkatkan Dengan A350-900
Bagi perjalanan antara Singapura dan Perth, penumpang akan menikmati pengalaman yang lebih baik dengan pesawat Singapore Airlines A350-900 yang baru.
Pesawat canggih ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang meningkatkan keselesaan penumpang, antaranya:
  • Siling lebih tinggi yang memberikan kesan kabin lebih luas
  • Tetingkap lebih besar untuk pemandangan yang lebih terang dan semula jadi
  • Badan pesawat yang lebih lebar, menawarkan lebih banyak ruang dan keselesaan
  • Pencahayaan yang direka khas untuk mengurangkan rasa jet lag, menjadikan perjalanan lebih menyegarkan
Dengan kesemua ciri-ciri ini, A350-900 memberi pengalaman penerbangan yang lebih selesa, moden, dan menenangkan.
#3 Jewel Changi Airport – Dunia Menakjubkan Di Lapangan Terbang Singapura
Bagi mereka yang terbang melalui Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menerokai Jewel Changi Airport – sebuah kompleks lapangan terbang yang luar biasa.
Di sini, alam semula jadi dan peruncitan bergabung dalam satu ruang yang memukau. Dengan taman dalam ruangan yang hijau, air terjun yang menakjubkan, serta pelbagai kedai dan restoran, Jewel menawarkan pengalaman yang unik di mana anda boleh bersantai, membeli-belah, dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Belanja, makan, dan bersantai di Lapangan Terbang Changi Singapura – lapangan terbang yang paling banyak dianugerahkan di dunia.
Pengalaman Lebih Menarik dengan KrisFlyer, Program Ganjaran Kumpulan Singapore Airlines
Jewel Changi Airport – Dunia Menakjubkan Di Lapangan Terbang Singapura.
Rottnest boleh diterokai dengan pakej dari Pelago.
Singapore Airlines dan Scoot memastikan perjalanan anda bukan hanya sekadar penerbangan, tetapi satu pengalaman yang menyenangkan dan tak terlupakan.
Yang pasti, Perth menjadi destinasi destinasi percutian nombor 1 di Australia bagi rakyat Malaysia.
Apa tunggu lagi, jom ‘book’ sekarang di https://singaporeair.com/myperth dan untuk maklumat lanjut di https://www.westernaustralia.com/sg/home.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024