Gaya Hidup
Jakel Perkenal 10 Selebriti Sebagai Wajah Baharu Untuk Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025
Jakel sekali lagi mencuri perhatian dengan memperkenalkan 10 selebriti yang dipilih sebagai wajah baharu kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
Antara selebriti yang terpilih ialah gandingan mantap Fattah Amin dan Amira Othman, di samping nama-nama besar lain seperti Nabil Ahmad, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna, kumpulan Senario reunion, Sallywho, serta watak animasi terkenal, Upin & Ipin.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkongsi pemilihan kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, dengan menumpukan kekuatan populariti setiap duta untuk menarik pelbagai lapisan pelanggan.
“Mereka dipilih bagi mewakili pelbagai segmen pelanggan Jakel. Saya yakin dengan populariti mereka, ia akan membantu melonjakkan jualan tahun ini.
“Komitmen mereka dalam memeriahkan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 juga tidak perlu diragui,” katanya.
Nabil Ahmad, Duta Setia Selama 10 Tahun
Bagi Nabil Ahmad, yang merupakan duta paling lama bersama Jakel, peluang ini dianggap sebagai satu rezeki dan penghargaan atas kesetiaan beliau terhadap jenama ini selama sedekad.
“Setiap tahun, ada jenama lain menawarkan saya untuk menjadi duta mereka, tetapi saya tetap memilih Jakel kerana hubungan baik dan keserasian yang sudah terjalin.
“Lebih istimewa, tahun ini, satu keluarga saya turut dipilih untuk menjadi wajah Jakel, dan saya sangat bersyukur,” jelasnya.
Gandingan Fattah Amin dan Amira Othman Jadi Perhatian
Salah satu tarikan utama pada majlis pengumuman duta Jakel yang berlangsung di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu lepas adalah kehadiran gandingan Fattah Amin dan Amira Othman.
Meskipun sebelum ini timbul spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka, Fattah menjelaskan kolaborasi ini hanyalah sebahagian daripada tugas profesional sebagai duta.
“Jakel memilih kami untuk mempromosikan produk mereka, dan apabila mereka menggandingkan saya dengan Amira, ia menunjukkan kepercayaan penuh kepada kami berdua.
“Apa yang penting, kami fokus untuk memberikan impak positif kepada jenama ini,” kata Fattah.
Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 menjanjikan pelbagai promosi menarik dan bakal memberikan pengalaman berbeza kepada pelanggan setia Jakel sepanjang musim perayaan ini.
BERITA TRENDING: "Saya Nak Kahwin, Cuma Seru Belum Sampai" - Naim Daniel
BERITA TRENDING: GMW Giveaway: KONSERT NIDJI 2.3 : THE NEW CHAPTER
BERITA TRENDING: GMW Giveaway: AURORA ‘What Happened To The Earth? Part 4’ Tour - Live in Kuala Lumpur
BERITA TRENDING: Disyaki Hisap Kemaluan Pelakon, Jurusolek Lelaki Direman Tujuh Hari
Must-Watch Video