Sukan

Ucap Tahniah Kepada Beregu Muda Badminton Malaysia, Perbualan Lucu Lee Chong Wei Dengan Anak Pula Jadi Perhatian - “Aku Tak Tahu Nak Lempang Ke…”

Asyikin Mayudin
24/10/2024
07:25 MYT
Sponsor Banner
Ucap Tahniah Kepada Beregu Muda Badminton Malaysia, Perbualan Lucu Lee Chong Wei Dengan Anak Pula Jadi Perhatian - “Aku Tak Tahu Nak Lempang Ke…”
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah buat beregu muda lelaki Malaysia iaitu Aaron Tai-Kang Khai Xing selepas muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia Di Nanchang, China pada Rabu.

Ucapan tahniah

Lee Chong Wei menerusi perkongsian di laman Facebook berkata perjuangan pasangan muda itu mengingatkannya kepada zaman mudanya.

"Tahniah kepada Aaron Tai dan Kang Khai Xing kerana mengharumkan nama Malaysia dengan menjuarai Kejohanan Remaja Dunia! Melihat perjuangan kalian, mengingatkan saya kepada masa muda saya, tetapi anda berdua telah berjaya merangkul gelaran yang saya tidak pernah capai!.

"Dedikasi dan sikap pantang menyerah kalian telah membuahkan hasil, dan masa depan badminton Malaysia kini lebih cerah dengan bakat seperti anda berdua!

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

ARTIKEL BERKAITAN: Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

ARTIKEL BERKAITAN: “Peluh Tak Berhenti…” – Datuk Lee Chong Wei Kongsi Situasi Cemas Ketika Bermain Di Olimpik

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Pemain Wanita Amerika Syarikat Terkesima Lihat Lee Zii Jia Jadi Tumpuan Netizen!
"Ingat, ini hanyalah permulaan. Teruskan mencabar diri, menjadi kehebatan, dan jangan pernah berhenti mempercayai kemampuan diri. Dunia sedang memerhati dan percayalah, kalian mempunyai apa yang diperlukan untuk menaklukinya!
"Dan semua orang… ingatlah nama-nama ini juga, Dania Sofea Zaidi (akan genap 17 tahun bulan depan) dan Low Zi Yu (baru 14 tahun). Saya menonton permainan mereka dengan penuh kebanggaan,” katanya.

Perbualan lucu

Pada perkongsian yang sama itu juga, dia turut berkongsi kisah lucu perbualan bersama anaknya yang ingin belajar membuat karangan.

"Tengahari tadi. Sambil layan Badminton di kaca TV sambil layan homework budak-budak. Terrance : “Papa . Bole ajar I buat karangan?

"Aku : ‘Papa takde la pandai tapi cube ya’. Kingston dengan sombong : ‘Biar aku ajar ko Terrance. Aku bole buat satu karangan paling pendek di dunia yang seram, lucu dan menyedihkan.’
”Aku : ‘Mana mungkin seram, lucu dan sedih semua sekali. Kau cuba la. Aku menilai. Jangan sombong.’ Kingston : ‘Pada suatu masa dahulu, ada seekor hantu yang menakutkan… (sambil tunjuk muka hantu) satu hari, dia terkentut. Arg… lucukan.’
"Lepas tu, dia terhidu kentutnya, busuknya tertusuk ke hati hantu, dan terus tamat hayat hantunya keseorangan… nah sedihkan. Itu dia karangan pendek yang seram, lucu dan menyedihkan.
"Aku tak tau la nk lempang ke sayang budak ini, dari mana la datang idea idea busuk ni,” kongsinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar