Viral
"Tiada Sebab Lakukan Kekerasan Kepada OKU Walau Sebagai Hukuman" - Ras Adiba
Persatuan OKU Sentral menzahirkan dukacita dengan insiden kekerasan terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang berlaku di Terengganu baru-baru ini.
BERITA TRENDING: “Rehatlah Abah, Dunia Terlalu Kejam Untuk Mu” - Luahan Anak Pak Cik OKU Mangsa Pukul Di Pasar Tani Undang Sebak Netizen
BERITA TRENDING: Tiga Ditahan, Disyaki Pukul OKU Langgar Gerai Pasar Tani
Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, tiada sebab untuk mana-mana pihak melakukan kekerasan sebagai hukuman sekalipun tidak tahu individu terbabit berstatus OKU.Katanya, rakaman yang tular berkaitan insiden berkenaan juga begitu menyayat hati untuk ditonton.
"Sahabat OKU kami itu disepak terajang dan diheret oleh sekumpulan yang belum dikenal pasti setakat ini atas kesalahan yang kami percaya tidak sengaja dilakukan.
"Lebih menyedihkan lagi pengunjung pasar di tempat kejadian hanya sekadar melihat tanpa menghulur apa-apa bantuan.
"Jika alasan mereka tidak mengetahui bahawa mangsa adalah seorang OKU atas sifat kurang upaya mental itu tidak dapat dibezakan, ia tetap bukan lesen untuk membenarkan tindakan kekerasan fizikal sebagai hukuman terhadap sesiapa dan di atas dasar apa sekali pun,"katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Ras Adiba, komuniti OKU sudah cukup melalui pelbagai penindasan dalam kehidupan harian daripada pelbagai sudut.
"Harapan kami dari Persatuan OKU Sentral adalah pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terbabit," katanya.
Terdahulu, media melaporkan mangsa lelaki OKU yang menunggang motosikal dikatakan melanggar gerai jualan dekat Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Terengganu pada 9.30 pagi kelmarin.
Insiden itu menyebabkan barangan jualan peniaga tumpah dan terjatuh sebelum lelaki OKU itu dipercayai dipukul sekumpulan individu
Polis kemudiannya menahan tiga lelaki dipercayai suspek yang memukul mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar dipetik berkata, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Must-Watch Video