Hiburan
Perompak & Penyerang Saif Ali Khan Warga Bangladesh, Masuk India Secara Haram
Selepas tiga hari rompakan dan serangan yang mencederakan aktor Saif Ali Khan, pihak berkuasa tempatan mendedahkan identiti penjenayah yang terbabit.
BERITA TRENDING: Tak Kenal Saif Ali Khan, Pembawa Beca Cerita Pengalaman: “Dia Berdarah..”
BERITA TRENDING: Saif Ali Khan Kini Stabil, Serpihan Pisau Sepanjang 6.3cm Berjaya Dikeluarkan Daripada Tulang Belakang
Seorang lelaki warganegara Bangladesh disahkan sebagai suspek utama kes yang mengejutkan India dan dunia Bollywood, minggu lalu.BERITA TRENDING: Saif Ali Khan Ditikam, Bergelut Perompak Pecah Masuk Rumah
Suspek dikenali sebagai Mohammad Shariful Islam Shehzad, rakyat Bangladesh yang masuk secara haram ke India, lapor The Independent memetik keterangan rasmi pihak berkuasa.Menurut kenyataan sama, Shariful menukar nama dan masuk ke India sekitar lima hingga enam bulan lalu sebelum pernah bekerja dengan agensi pembantu rumah.
“Suspek masuk ke India secara haram lima hingga enam bulan lalu. Dia menukar identiti namanya kepada Vijay Das.
“Dia tinggal beberapa hari di Mumbai dan pernah bekerja dengan agensi pembantu rumah,” ujar kenyataan tersebut.
Terdahulu, suspek ditangkap selepas 70 jam melakukan rompakan dan mencederakan suami Kareena Kapoor itu dengan enam tikaman.
Saif Ali Khan, 54, bagaimanapun kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital.
Must-Watch Video