Viral

Takkan Melayu Hilang Di Dunia! Lelaki Ini Pakai Baju Silat Lengkap Bertanjak & Bersampin Tamatkan Cabaran Hyrox Asian Championship Di Hong Kong

Mya Amri
29/11/2024
14:25 MYT
Sponsor Banner
Takkan Melayu Hilang Di Dunia! Lelaki Ini Pakai Baju Silat Lengkap Bertanjak & Bersampin Tamatkan Cabaran Hyrox Asian Championship Di Hong Kong
Peserta dari Malaysia dikenali sebagai Kapten Raeiz Abdul Hamid mendapat perhatian netizen selepas menyertaipertandingan kecergasan Hyrox di peringkat antarabangsa yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini.

Pilih busana silat lengkap bertanjak dan sampin

Apa yang membanggakan netizen Malaysia adalah Kapten Raeiz memilih untuk menyarungkan pakaian silat lengkap bertanjak dan bersampin seperti seorang pahlawan.
Malah Kapten itu juga turut menjelaskan pemilihan pakaian itu adalah kerana keselesaan dan tidak menganggu pergerakkan.
“Orang pertama yang menamatkan Hyrox dengan memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu).
“Alhamdulillah dengan izin-Nya aku dapat menghabiskan Hyrox Asian Championship di Hong Kong baru-baru ini dengan berpakaian tradisional lengkap untuk memperkenalkan Malaysia di dunia sukan @HYROX .

“Aku ketepikan rekod aku demi memartabatkan agama, bangsa dan negara. “Aku memilih memakai pakaian silat/pendekar/ pahlawan melayu lengkap bertanjak dan bersampin berbanding baju melayu kerana ianya lebih sesuai untuk melakukan pergerakkan yang terdapat dalam video.

“Syukur kerana aku berjaya menghabiskan acara dengan masih berpakaian lengkap. Insya-Allah ini adalah uniform rasmi aku untuk siri Hyrox World yang akan datang,” tulisnya menerusi hantaran di TikTok.

Netizen puji pakaian tutup aurat tak halang bersukan

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan menamatkan perlumbaan.
Netizen juga berpendapat mereka telah membuktikan pakaian lengkap menutup aurat tidak menghalang untuk bersukan.
Berikut merupakan video penuh Kapten Raeiz
@captraeiz FIRST PERSON IN THE WORLD TO FINISH HYROX WEARING NATIONAL CLOTHES Alhamdulillah dgn izinNya aku dapat menghabiskan Hyrox Asian Championship di Hong Kong baru2 ini dengan berpakaian tradisional lengkap utk memperkenalkan Malaysia di dunia sukan @HYROX . Aku ketepikan rekod aku demi memartabatkan agama, bangsa dan negara. Aku memilih memakai pakaian silat/pendekar/pahlawan melayu lengkap bertanjak dan bersamping berbanding baju melayu kerana ianya lebih sesuai untuk melakukan pergerakkan yg terdapat dalam video dan syukur kerana aku berjaya menghabiskan acara dgn masih berpakaian lengkap. InsyaAllah ini adalah uniform rasmi aku utk siri Hyrox World yang akan datang. Terima kasih kepada Team Hyrox Malaysia @Lemak to Lean atas sokongan dan dorongan. InsyaAllah sukan Hyrox akan tiba di Malaysia pada 2025. *atlit2 sebelah aku semua tak pakai baju? #fyp #fypシ #fypage #fypviralシ #fypviraltiktok?シ゚☆♡ #foryou #foryoupage #fitness #fitnesschallenge #viral #raeizhamed #kaptenraeiz #rhtv #captraeizhamed #captraeiz #lemaktolean #lemaktoleanbycaptainraeiz #workout #stretching #hyrox #hyroxtraining #hyroxhk #hyroxworld #hyroxmas #malaysia #bajukebangsaan #pendekar #pahlawanmelayu #melayu ♬ Mentera Semerah Padi - M. Nasir
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024