Laman Utama

Sambut Birthday Waktu ‘Total Lockdown’ Punya Fasal, 5 Lelaki Dikompaun RM20,000

Awani
04/06/2021
12:15 MYT
Sponsor Banner
Sambut Birthday Waktu ‘Total Lockdown’ Punya Fasal, 5 Lelaki Dikompaun RM20,000
Akibat tidak mematuhi arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan oleh kerajaan, lima lelaki dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang.
Difahamkan mereka berkumpul kerana menyambut majlis hari lahir di sebuah premis di Jalan Stulang Laut, Johor Bahru, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata menerusi serbuan pada 11.59 malam itu, selain kompaun, polis turut menahan empat wanita warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
"Kesemua mereka yang dikompaun dan ditahan itu berumur antara 30 hingga 46 tahun.
"Hasil serbuan, kita juga merampas dua pembesar suara, dua unit lampu bercahaya berwarna-warni, sebuah pemacu pena jenama Kingston, serangkai kunci berserta sekeping cip akses," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah beliau, pengeluaran kompaun itu mengikut Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana telah berkumpul dan menjalankan aktiviti yang tidak dapat mengamalkan perjarakan fizikal manakala bagi tangkapan warga asing pula, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar