Laman Utama

Ramai Terkejut Nora Ariffin Masuk ICU, Doakan Semoga Cepat Sembuh

Mya Amri
14/11/2023
01:00 MYT
Sponsor Banner
Ramai Terkejut Nora Ariffin Masuk ICU,  Doakan Semoga Cepat Sembuh
Berita penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 50, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor, ternyata mengejut ramai.
Difahamkan, Nora dimasukkan ke ICU berkenaan kelmarin
Berita itu juga dimaklumkankan sendiri oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli kepada penyanyi, Datuk Aishah yang kemudian memuat naiknya di Instagram.
"Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas daripada semua," tulisnya.
Sebaik sahaja berita tersebut dikeluarkan, akaun Instagram Nora dibanjiri dengan ucapan daripada orang yang mendoakan kesembuhannya.
Antara ucapan yang diterima adalah:
“Semoga cepat sembuh datuk”
“Semoga datuk Nora cepat sembuh dan dipermudahkan urusan,”
“Semoga cepat sembuh puan,”
Difahamkan Nora dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu disebabkan demam panas.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar