Laman Utama

Rakam & Simpan Kenangan Terindah Anda, Sertai Kempen vivo 'Memories of Life'

Amri Hassan
05/11/2021
10:00 MYT
Sponsor Banner
Rakam & Simpan Kenangan Terindah Anda, Sertai Kempen vivo 'Memories of Life'
Kenangan akan menjadi lebih indah jika anda rakam dan abadikan dalam bentuk video di telefon pintar anda.
Sempena dengan pelancaran rangkaian terbaharu telefon pintar vivo X70, apa kata anda sertai juga kempen Memories of Life vivo.
Mulai sekarang, pengguna telefon pintar boleh berkongsi momen yang didokumentasikan daripada kehidupan harian anda dan vivo akan mengumpul momen-momen ini untuk menghasilkan satu dokumentari untuk didedikasikan kepada memori istimewa kehidupan harian anda.
Apa itu Memories of Life?
Dengan wujudnya cahaya dan bayang-bayang, memori anda pada hari ini akan disimpan untuk generasi akan datang. Inilah inspirasi di sebalik kempen vivo Memories of Life, yang mana setiap daripada kita boleh menyumbang kepada sejarah kemanusiaan.
vivo menggalakkan pengguna untuk merakamkan aktiviti kehidupan yang menarik biarpun hanya sebaris senyuman di wajah. Itu sudah cukup untuk mencipta memori yang terindah.
Peserta dikehendaki menghantar video pendek memori yang dirakamkan berdasarkan tema Love (Cinta), Care (Kasih Sayang), Hope (Harapan), Dream (Impian) dan Joy (Kegembiraan).
Kemudian, vivo akan menerbitkan sebuah dokumentari menggunakan footage yang telah dikirimkan. Pelbagai hadiah menarik menanti anda termasuk vivo X70, vivo TWS 2 ANC dan vivo TWS 2e.
Kata Ketua Pengarah Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu, pihaknya teruja apabila vivo menjadi jenama telefon pintar pilihan ramai masa kini.
"vivo mendapat sokongan positif daripada pengguna seluruh dunia dan kami berbangga apabila telefon pintar kami menjadi sebahagian daripada hidup anda.
"vivo menjadi saksi kepada memori terindah, detik-detik suka duka, kisah gembira dan sedih anda. Ia juga memudahkan kehidupan pengguna dan sentiasa menjadi peneman setiap masa. Itulah signifikan dan betapa berharganya nilai telefon pintar vivo," katanya.
Sebagai pelopor industri, vivo juga memberikan kepuasan kepada pengalaman penggambaran mudah alih dengan inovasi baharu telefon pintar siri X70.
Siri ini didatangkan dengan lensa yang dilengkapi ZEISS T* coating untuk meningkatkan kualiti imej. Malah, ia turut dilengkapi dengan Gimbal Stabiliser untuk memudahkan proses framing dan menstabilkan rakaman demi memberikan kepuasan maksimum pengguna.
Di Malaysia, vivo sememangnya menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak!
Jom sertai!
Mudah jer sebenarnya untuk menyertai kempen ini. Untuk orang ramai menyumbangkan video, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah ini:
1. Dari sekarang hingga 12 tengah malam 10 November 2021, anda rakamkan saja video berdurasi 15 hingga 60 saat mengikut tema yang disenaraikan.
Ia perlulah dirakamkan dalam cara vlog, anda boleh merujuk kepada langkah-langkah ini untuk menjadi lebih kreatif:
- This is love: Bilakah waktu paling berharga yang diluangkan bersama insan tersayang?
- Always in my heart: Apa yang anda ingat tentang masa silam anda?
- Keep on going: Apakah pengalaman berharga yang memberikan inspirasi kepada anda?
- Follow your dreams: Apa impian yang ingin anda capai?
- Your joy, your journey: Apakah perkara yang membahagiakan hidup anda?
2. Muat naik video anda di media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, Weibo dsbg) dengan hashtag #vivoMemoriesOfLifeMY, dan tag @vivo_malaysia (Instagram/ Twitter) atau @vivoMalaysia (Facebook) dalam tempoh waktu ditetapkan.
Pada masa sama, peserta dikehendaki menghantar juga video menerusi emel kepada jienyang.chua@my.vivo.com. Kedua-dua langkah ini akan melayakkan anda untuk menyertai kempen tersebut.
3. vivo akan memberikan hadiah kepada peserta bertua yang mana rakamannya akan turut dimasukkan dalam dokumentari akhir nanti. vivo akan melancarkan dokumentari itu dari 6 Disember hingga 10 Disember 2021. Jadi, stay tuned!
Jadi, rakam momen terindah anda dalam bentuk video pendek untuk menceritakan tentang kisah anda mana tahu anda mungkin terpilih! Jangan lupa gunakan hashtag #vivoMemoriesOfLife
Untuk maklumat lanjut kempen vivo Memories of Life, layari https://www.vivo.com/my/about-vivo/news atau ikuti vivo di Facebook https://www.facebook.com/vivoMalaysia/.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar