Laman Utama

Natalie Portman Bercerai Kerana Suami Curang!

Maliah Surip
09/08/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
Natalie Portman Bercerai Kerana Suami Curang!
Rumah tangga Natalie Portman dengan suami, Benjamin Millepied akhirnya berkecai meskipun aktres tersebut cuba untuk mempertahankannya selepas Millepied ditangkap curang dengan seorang aktivis.
Portman dan suami telah berkahwin selama 11 tahun. Mereka dikurniakan sepasang anak, Aleph, 12, dan Amalia, 6 tahun.
Bintang itu dikatakan telah mengetahui kecurangan suaminya sejak Mac sebelum pada Jun lalu cerita Millepied menjalin hubungan terlarang bersama seorang aktivis muda berusia 25 tahun, Camille E’tienne terbongkar.
“Selepas berita kecurangan Millepied tersebar mereka telah berusaha untuk memperbaiki rumah tangga. Millepied berusaha memperbaiki kesalahannya.
“Dia mahu meraih kembali kepercayaan Portman namun semuanya tidak berhasil,” ujar satu sumber kepada Us Weekly.
Bintang berusia 42 tahun itu juga dilihat tidak memakai cincin perkahwinan mereka pada 4 Ogos lau sewaktu majlis Angel City FC di Sydney, Australia.
Portman dan Millepied bertemu di set penggambaran filem Black Swan pada 2009 sebelum menjalin hubungan cinta.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar