Viral

Nak Jimat Duit, Lelaki Ubah Suai Kenderaan Tinggal Dalam Proton Iriz

Firdaus
14/06/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Nak Jimat Duit, Lelaki Ubah Suai Kenderaan Tinggal Dalam Proton Iriz
Gaya hidup seorang lelaki berjaya mencuri tumpuan warganet apabila dia mendedahkan dirinya tidak menyewa mana-mana kediaman sebaliknya hanya tinggal di dalam sebuah kereta jenis Proton Iriz.

BERITA TRENDING:Bukan Makkah, Warga Sulawesi Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng Bawa Kambing

Menerusi entri yang dikongsi di aplikasi TikTok, video berdurasi satu minit 30 saat tersebut memaparkan kenderaan lelaki berkenaan yang diubah suai untuk dijadikan sebagai tempat tinggal.

"Saya mahu jimatkan wang...

Menurut lelaki itu, keputusan untuk tinggal di dalam kenderaannya dibuat adalah kerana terpaksa memandu sejauh 60 kilometer setiap hari untuk ke tempat kerja selain mahu menjimatkan wang.

BERITA TRENDING:33 Pengunjung Kolam Air Panas Jasin Disyaki Dijangkiti Kencing Tikus

"Saya nak tinggal di dalam kereta sebab setiap hari saya memandu sejauh 60 kilometer dan saya terpaksa bayar RM30 satu hari semata-mata untuk pergi ke tempat kerja.

BERITA TRENDING:Muzik Dimatikan, Anang Kena Ejek Satu Stadium Kacau Kemenangan Bersejarah Timnas Indonesia

"Saya mahu jimatkan wang, dan saya dapat tahu secara online yang kita boleh tidur di dalam kereta, jadi saya ubah suai kenderaan saya," katanya.

Guna Tandas Awam Untuk Bersihkan Diri

Bercerita tentang penjagaan diri, lelaki itu menerangkan bahawa dirinya akan menggunakan tandas di tempat-tempat awam seperti restoran mamak, gym dan pejabat.

BERITA TRENDING:Berdamai... Lelaki Singlet Putih, Pemilik Kedai Runcit Berjabat Tangan

"Dalam kereta saya tak ada tandas, jadi saya akan pergi ke tempat awam seperti tandas pejabat, tandas gym atau tandas kedai mamak.
"Waktu malam saya akan basuh pakaian saya menggunakan tangan dekat sinki dan saya akan biarkannya di atas kereta bagi tujuan pengeringan," kongsinya. Video yang dimuat naik semula ke platform X itu bagaimanapun mendapat reaksi bercampur baur oleh wargamaya.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 500,000 tontonan dan hampir 3,000 tanda suka di platform X.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar