Laman Utama

Malik Ajak Bincang Tapi Bella Tetap Nak Berkasar, Adakah Pontianak Ini Berjaya Dihapuskan?

Azwa Rahman
16/03/2022
09:20 MYT
Sponsor Banner
Malik Ajak Bincang Tapi Bella Tetap Nak Berkasar, Adakah Pontianak Ini Berjaya Dihapuskan?
Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton dengan episod kesembilan pada malam ini.
Drama bergenre komedi seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.
Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.
Dalam episod kali ini, Malik akhirnya mengajak bekas kekasihnya, Bella untuk berunding secara baik selepas didapati curang dalam perhubungan mereka.
Tetapi nampaknya Bella masih berdendam dan berunding bukan caranya menjernihkan keadaan.
Bella mengunakan zombie Joe untuk menyerang Malik. Akibat kesumat, Bella terpaksa tewaskan Malik dan Suraya secara bersendirian.
Apabila tiba peluang, Malik berjaya membawa lari peti besi dipercayai ada azimat Bella.
Diilhamkan oleh Anwar Hadi, drama terbitan syarikat produksi Red Comm ini Shamyl Othman selaku sutradara dan sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar