gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bertunang Lepas 6 Bulan Cerai, Andrew Andika Dicop Lelaki ‘Red Flag’
KELUANG MAN
Lelaki Ini Beri 8 Sebab Terhibur Dengan Keluang Man Lepas Tonton Di Astro First- “Tak Sangka Pula Cerita Ni Random meta komedi…”
HIBURAN
"Bukan Semua Tiri Itu Jahat" - Shila Amzah Titip Kata-Kata Buat Ubai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Ini Bukan Amy & Dia Tak Akan Maki Orang” - Datuk Awie

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
16/07/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
“Ini Bukan Amy & Dia Tak Akan Maki Orang” - Datuk Awie
Penyanyi rock , Datuk Awie meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui kemelut yang sedang berlaku antara rakan seperjuangannya, Datuk Amy Search dan Shila Amzah yang turut menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu.
Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, dia tidak mengetahui secara mendalam tentang isu tersebut serta mengakui tidak mengikuti secara langsung kenyataan yang dibuat oleh Shila di media sosial.
“Saya tak tahu macam mana nak komen sebab ini adalah masalah keluarga. Saya sebenarnya tak follow sangat apa yang Shila Amzah cakap.

“Saya tahu Amy yang saya kenal berpuluh tahun, dia bukan begitu. Dia bukan seorang manusia yang meninggikan suara atau herdik orang lain. Amy bukan begitu,” katanya kepada Gempak.

Awie berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekpress di Astro, pada Selasa.
Pada masa sama, pelantun lagu Ratu turut terkejut apabila mendengar pendedahan yang mendakwa Amy berkelakuan kasar dalam satu kejadian tersebut.

“Itulah yang saya terkejut bila saya dengar Amy sebegitu. Ini bukan Amy. Amy tak akan maki orang atau tinggikan suara. Tapi haritu, wallahualam saya pun tak tahu kenapa ia berlaku,” jelasnya.

Meskipun tidak berada di pihak mana-mana, Awie berkata dia tetap sedia membantu jika Amy memerlukan sokongan sebagai seorang sahabat.
“Apa yang boleh saya buat, saya akan bercakap dengan Amy. Kalau perlukan bantuan, bagitahu saya insya-Allah saya akan tolong.

“Tapi saya tak boleh campur dalam hal rumah tangga orang. Ini isu keluarga, saya tak boleh tentukan siapa betul, siapa salah,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Awie juga menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam konflik ini segera mencari jalan penyelesaian demi menjaga nama baik keluarga dan mengelakkan isu ini terus dijadikan bahan oleh netizen.
“Kalau boleh, berdamailah. Jangan biar benda ni terus diperbesarkan oleh haters. Saya harap Shila dan Amy kembali baik, dan Nabila juga dapat berdamai dengan ayahnya,” tegasnya.

BERITA BERKAITAN: “Saya Harap Mereka Berdua Dapat Berbaik” - Awie

BERITA BERKAITAN: Bukan Awie Mahupun Ella Tapi Bapa Nabila Huda Yang Serang Shila Amzah

BERITA BERKAITAN: "Amy, Kau Ceritalah Benda Sebenar" - Awie

BERITA BERKAITAN: Awie Terkilan, Nama Dipetik Serang Shila Amzah - "Siapa Yang Terlajak Itu Cepat-Cepat.."

Topic Berkaitan
#Datuk Awie
#Shila Amzah
#Maki
#Terkejut
#Orang
#Datuk Amy Search
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement