Laman Utama

#ListenToAided: Meow...Si Bulus Memang Power! Ini Lima Lagu Menggunakan Perkataan 'Kucing' Dalam Tajuk

Asraf Aided
17/01/2022
12:40 MYT
Sponsor Banner
#ListenToAided: Meow...Si Bulus Memang Power! Ini Lima Lagu Menggunakan Perkataan 'Kucing' Dalam Tajuk
Kepada pencinta kucing, pastinya tidak jemu melihat, membelai dan menghiburkan diri dengan 'si bulus' yang comel dan manja itu.
Secara tidak sedar, pengaruh kucing sebagai haiwan peliharaan popular sememangnya mendapat tempat di seluruh dunia.
Tidak ketinggalan dalam dunia hiburan sehingga banyak juga lagu yang muncul menggunakan perkataan kucing atau 'cat' pada tajuk sebagai simbolik sesuatu penceritaan dan sebagainya.
#ListenToAided hari ini menyenaraikan lagu-lagu tersebut seperti di bawah.
Like A Cat - AOA
Tujuh tahun lalu, kumpulan K-Pop terkenal, AOA tampil dengan lagu berjudul Like A Cat.
Lagu ini dimuatkan dalam album yang memakai judul sama dan setakat ini, jumlah tontonan video muziknya di YouTube telah mencecah lebih 59 juta tontonan.
Jika diperhatikan, penceritaan video muziknya memaparkan kelicikan wanita dalam merancang untuk mengenakan seorang jejaka dalam melengkapkan misi mereka!
Black Cat - Janet Jackson
Beralih ke nama besar dari Hollywood, Janet Jackson juga punya lagu berjudul Black Cat!
Daripada pemahaman penulis, lirik lagu ini menggunakan simbolik kucing hitam untuk menggambarkan tingkah laku seorang lelaki yang hidup dalam kehidupan yang berbahaya.
Seperti seekor kucing hitam yang tidur lama, menikmati hari siang yang lebih singkat, lelaki tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati atau jika tidak, dia boleh 'mati'.
Video muzik Black Cat mendapat tontonan sekitar 7 juta di saluran YouTube Janet Jackson sejak dilancarkan 12 tahun lalu.
Honky Cat - Elton John
Secara peribadi, penulis amat menyukai lirik lagu ini. Honky Cat nyanyian penyanyi terkemuka Elton John ini mengisahkan seorang lelaki yang berhijrah ke kota.
Kehidupan lamanya adalah di desa. Meskipun ada yang menasihati untuk tidak menetap dan menjalani kehidupan kota yang boleh menghancurkan hatinya, namun dia tidak dapat membohongi kata hati, juga tidak dapat berhenti jika kaki sendiri kata pergi.
Potongan lirik 'change is gonna do me good' cukup jelas menggambarkan perspektif individu dalam kisah tersebut yang mahukan perubahan dalam kehidupan.
Lagu ini ditulis sendiri oleh Elton John bersama Bernie Taupin.
Cool Cat - Queen
Siapa sahaja yang tidak tahu tentang kumpulan Queen yang diterajui oleh Freddie Mercury.
Lagu ini seakan menggunakan simbolik untuk menggambarkan perwatakan cool insan yang diceritakan.
"Cause you're a cool cat, tapping on the toe with a new hat"
Dalam pada itu, perspektif penyanyi juga mengakui bahawa pesona individu yang diceritakan itu membuat hatinya tertawan. Lagu ini ditulis oleh Freddie sendiri bersama dengan John Deacon.
Cat & Dog - TXT
Dalam masyarakat kita, perumpamaan bagai anjing dengan kucing kerap didengar untuk menggambarkan orang yang tidak ngam atau kerap bergaduh.
Di Korea pula, kumpulan terkenal TXT tampil dengan lagu berjudul Cat & Dog dua tahun lalu dan berjaya mencetus fenomena.
Lagu ini menggambarkan kemahuan si lelaki yang mahu mendekati wanita dengan rapat, lebih daripada kawan biasa.
Video muzik Cat & Dog nyanyian artis di bawah naungan HYBE Labels ini meraih 90 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan dua tahun lalu.
Alang-alang bercakap tentang kucing, tahukah anda bahawa si comel kesayangan juga sebenarnya boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?
Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan mudah dan nilai perlindungan tinggi untuk si bulus!
Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance di https://www.oyen.my/campagin/astro.
Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen, jangan lepaskan peluang!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024