Berita
KUPPutra, Raydiates Blue Jalin Kerjasama Rancak Ekonomi Komuniti Di Putrajaya
Kelab Usahawan Putrajaya (KUPPutra) komited membantu usahawan melalui penganjuran Bazar Aidilfitri iaitu Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya 2025 yang diuruskan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd.
BERITA TRENDING: Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya 2025 Sedia 300 Lot Niaga, Raikan Budaya Melayu & Kesenian Islam - "Jangan Risau, 2,000 Parking Ada..."
Pengerusi KUPPutra, Mimi Afzan binti Abdul Majid berkata, kerjasama dengan syarikat pengurusan acara itu selaras misi pihaknya menjadi satu kumpulan yang melahirkan golongan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan membina rangkaian serta jaringan komuniti di Putrajaya.“KUPPutra berhasrat menjadi sebuah kelab yang dapat membawa satu hala tuju untuk perkembangan perniagaan setiap daripada ahli bagi melahirkan usahawan-usahawan yang bertanggungjawab.
“Kami juga mahu membentuk golongan usahawan yang berkeyakinan diri, inovatif, kreatif, berpandangan jauh, berwawasan serta bijak merebut dan menggunakan peluang yang ada,” katanya.
KUPPutra ditubuhkan pada 21 Mei 2018 dengan menghimpun peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB-1P1K) Putrajaya bermula 2014 sehingga kini anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini dan Perbadanan Putrajaya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Raydiates Blue, Rayme Zainal dengan bangganya mengumumkan kerjasama strategik dengan Kelab Usahawan Putrajaya (KUPPutra) sempena penganjuran Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya 2025.
BERITA TRENDING: "Sekali Pandang Nampak Macam Roslan Shah" - Rayme Zainal Tak Kecil Hati, Anggap Rezeki Terpercik
Kerjasama ini adalah salah satu inisiatif Raydiates Blue Sdn Bhd untuk menyokong pembangunan komuniti usahawan tempatan dan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pelbagai aktiviti dan pameran yang disediakan sepanjang festival.“Kami sangat teruja dengan kerjasama ini sekali gus dapat menjana ekonomi tempatan terutama di Putrajaya dengan menyediakan platform kepada peniaga makanan, trak makanan dan pempamer untuk mempromosikan produk masing-masing.
“Festival ini bukan sahaja mempromosikan seni budaya dan kesenian Islam, tetapi juga menyediakan platform bagi usahawan untuk berhubung dan berkolaborasi, membuka peluang rangkaian yang penting untuk perkembangan perniagaan mereka,” tambah beliau.
Katanya, pihaknya menerima secara tangan terbuka dan mengalukan mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai matlamat yang sama dalam melahirkan usahawan.
“Putrajaya telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di peta dunia sebagai destinasi pelancongan serta penganjuran acara bertaraf dunia selama ini.
“Justeru limpahan ekonomi itu perlu direbut oleh golongan komuniti usahawan di wilayah itu untuk merangsang aktiviti perniagaan dalam memberi nilai tambah kepada bandar pintar ini,” katanya.
Sementara itu, Raydiates Blue yang merupakan syarikat milik Bumiputera sebelum ini dilantik oleh Perbadanan Putrajaya sebagai penganjur jualan Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang iaitu Anjung Syawal sempena Festival Ramadan Putrajaya 2025 selama sebulan bermula 28 Februari depan.
Untuk maklumat lanjut serta tempahan ruang niaga hubungi di talian +6013 5086807
BERITA TRENDING: [VIDEO] Viral Jejaka Suara Sedap, Muka Macam Roslan Shah! Siapa Rayme Zainal Ni?
Must-Watch Video