Laman Utama

Keisha Dah 11 Tahun! Nabila Huda Luah Rasa Gembira & Terharu

Asraf Aided
11/05/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Keisha Dah 11 Tahun! Nabila Huda Luah Rasa Gembira & Terharu
Aktres popular, Nabila Huda mendedikasikan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran ke-11 anaknya, Keisha hari ini.
Menerusi Instagram, Nabila meluahkan rasa gembira dan terharu serta menceritakan pengalaman membesarkan Keisha.
"Keisha, hari ini hari istimewa awak, Mommy lahirkan Keisha pada 11 Mei 2010, pada hari inilah Keisha menjadi anak pertama yang pernah Mommy jaga seumur hidup Mommy.
"Terima kasih sebab adanya Keisha dalam hidup Mommy, Mommy bersyukur dengan nikmat Allah bagi, terlalu bahagia dan bermaknanya hidup Mommy dengan adanya Keisha di sisi.
"I can't live without You Kash, awak membesar jadi anak yang penyayang, seorang yang fun, friendly just like me," tulisnya sebagai kapsyen.
Tambah Nabila, Keisha juga merupakan seorang anak yang mengambil berat terutamanya jika dia berhadapan masalah.
"Awak sentiasa risau bila saya ada masalah, Keisha membesar jadi seorang yang sangat baik, lemah lembut, dengar cakap. penyayang dan sangat suka menolong orang.
"Terima kasih Keisha sebab terima kekurangan Mommy membesarkan Keisha.
"Mommy minta maaf tak dapat nak sambut hari lahir Keisha dan Raya dengan Keisha tahun ini, kita celebrate dekat pintu bilik Mommy jela okay?" selorohnya.
Meninjau ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Nabila dan rakan-rakan industri turut menulis ucapan buat Keisha.
Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Sebelum itu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada 2011. Keisha atau nama sebenarnya Keisha Laila adalah cahaya mata hasil perkahwinan itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar