Laman Utama

“Kami Hampir Nak Kahwin,” - Tak Kisah Jarak Usia 22 Tahun, Iqbal Akui Terpaut & Sayang Pada DSV, Tapi…

Hanafis Haris
28/08/2021
12:22 MYT
Sponsor Banner
“Kami Hampir Nak Kahwin,” - Tak Kisah Jarak Usia 22 Tahun, Iqbal Akui Terpaut & Sayang Pada DSV, Tapi…

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memperjelaskan situasi hubungannya bersama usahawan sensasi itu selepas mereka berdua dikatakan sedang hangat bercinta.

Menurut Iqbal, kisahnya dengan usahawan berusia 49 tahun itu sebenarnya agak merumitkan.

"Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, soal jodoh dan kahwin sering diajukan.

“Malah dulu sampai satu tahap saya dianggap 'anak ikan' apabila ada yang tidak tahu hubungan kami antara majikan dan pekerja.

"Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Datuk Aliff petik balik kisah ini.

“Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Datuk Seri Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya,” katanya.

Jelas Iqbal, dia juga sedar kenyataan tersebut akan menjerat diri dan menimbulkan banyak spekulasi.

“Siapalah saya ketika itu nak mendekati dia yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya.

“Namun secara peribadi, biarpun jarak usia 22 tahun, saya tidak melihat ia sebagai penghalang.

"Dari saya masih belajar di ASWARA, menjadi pembantu peribadi, dibuang kerja dan sampailah saya ada rangkaian perniagaan sendiri hingga disebut sebagai ‘orang kaya baru’ olehnya, saya masih Iqbal yang sama.

“Jujur hati itu masih ada menaruh kepadanya,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak melihat hubungan tersebut seperti bertepuk sebelah tangan.

“Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan.

“Lagipun dia sudah pernah berdepan kegagalan rumah tangga dan perasaan keluarga juga perlu dijaga.

"Masa dia bercerai pun, saya ada disisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu.

“Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi," katanya.

Menurut Iqbal lagi, hubungan dan perasaan itu dilihat terus terbatas.

"Perasaan anaknya, Cik B pun perlu dijaga. Cik B sendiri tak mahu ibunya bercinta dengan sesiapa pun. Barangkali sebagai anak, Cik B tak mahu ibunya terus terluka.

"Jadi selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan. Bercinta itu juga tidak semestinya memiliki kan?

“Dalam sehari kami boleh berborak dua tiga jam bercakap soal bisnes,” katanya yang turut meneroka dunia niaga produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi (Iba Perfumes),

Terdahulu, muncul gosip ‘panas’ membabitkan mereka berdua selepas tular rakaman siaran langsung di Instagram antara Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan Ahmad Iqbal.

BACA: “Saya Akan Cari Level Saya, Berpengalaman, Kaya &…” - Vida Dah Ready Nak Kawin? Bekas PA Calon?

Sekadar info, Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

Vida kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau Cik B, 16, dan Eric Zaquan, 14.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar