Laman Utama

Jangan Campur Makanan & Minuman Ini Bersama Durian!

Amri Hassan
21/10/2023
13:53 MYT
Sponsor Banner
Jangan Campur Makanan & Minuman Ini Bersama Durian!
Musim durian sudah bermula! Memandangkan kerajaan sudah membenarkan orang ramai merentas negeri, pasti raja buah-buahan ini bakal diburu ramai.
Demi durian sebenarnya ramai yang sanggup meredah apa juga halangan untuk merasai nikmatnya.
Tapi, anda sebenarnya perlu tahu bahawa durian pun ada pantang larangnya dan tak boleh dimakan sewenang-wenangnya dengan makanan lain. Jom semak!
1. Coca-Cola
Umppph! Sedapnya teguk air berkarbonat ini sejuk-sejuk kalau tengah cuaca panas.
Tapi perlu diingat, air berkarbonat ini mengandungi kafein. Apabila potasium dari durian bergabung, ia akan mendatangkan kesan mudarat pada jantung.
2. Kopi
Anda boleh menikmati kopi sambil lepak bersama kawan-kawan ketika minum petang tetapi tidak bersama durian.
Kandungan kafein aktif dalam kopi menyebabkan jantung kita berdegup lebih laju dan menyebabkan suhu badan manusia lebih panas.
3. Susu
Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian.
Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu.
Jadi jika dimakan bersama, tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.
4. Terung
Terung juga boleh menaikkan suhu tubuh badan manusia apabila dikonsum bersama durian dan kesannya adalah sama seperti kopi.
5. Ketam
Ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, begitu juga buah durian yang mengandungi karborhidrat serta lemak tinggi.
Jadi jika seseorang yang mempunyai kolestrol tinggi makan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan kesihatan.
6. Daging lembu dan kambing
Daging lembu dan kambing memberi kesan panas pada suhu badan kita dan sebaiknya tidak dimakan dalam waktu berdekatan dengan durian.
Kombinasi ini akan membawa kepada peradangan atau inflamasi pada tubuh anda.
Foto: Safety4us, The Guardian, The Scientist
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024