Laman Utama

Instafamous Gelabah, Maid Ugut Nak Bunuh Diri - "Nak Gugur Jantung, Tahu Dia Sorok Pisau Dalam Tudung"

Amri Hassan
15/12/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
Instafamous Gelabah, Maid Ugut Nak Bunuh Diri - "Nak Gugur Jantung, Tahu Dia Sorok Pisau Dalam Tudung"
Pempengaruh, Adira Salahudi berdepan detik cemas apabila pembantu rumahnya, wanita warganegara luar cuba melarikan diri dan mengugut untuk membunuh diri ketika berjaya ditangkap.
BACA: "Belum Ready Sebenarnya..." - Baby Baru 7 Bulan, Instafamous Umum Hamil Lagi
BACA: Sarat Hamil Ketika Anak Masih Kecil, Instafamous Menangis Kerana Terlalu Penat
BACA: Instafamous Namakan Anak Baru Lahir Alva Velisa Dimar, Ramai Puji Uniknya Nama
Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada awal pagi Isnin lalu, Adira terpaksa membatalkan percutiannya bersama keluarga dan bergegas pulang ketika dihubungi tentang situasi luar kawal itu.
"Penat menangis tapi hidup perlu diteruskan walau berdrama dari pukul 6 pagi sampai ke malam.
"Sebenarnya nak bawa mak mentua pergi jalan-jalan Melaka sempena birthday dia. Tapi semua tempat penuh. So bawa tidur dekat KL je.
"Pukul 6 pagi Ammar (suami) dapat call dari abang I, kata maid hilang. Dia lari ikut pintu belakang lebih kurang pukul 5 pagi. Kononnya nak basuh baju.
"Nasiblah kitorang ni tidur di KL je so boleh balik terus kat rumah. Masa dapat info maid pegang pisau, Allahu nak gugur jantung I doa je banyak banyak Allah lindung Alva dan abang kakak I. Jangan la jadi apa apa," kongsi Adira di Instagram.
Lebih mendebarkan ketika pembantu rumah terbabit mengugut untuk membunuh diri apabila berjaya ditangkap.
"Boleh tahunya sebab Alva menangis pukul 5 lebih pagi sampai melalak, kakak I panggil maid tak nyahut, cari-cari tak ada.
"Pastu guard rumah jumpa dia dekat belakang bukit area rumah. Dia ingat boleh lari ikut jalan lain. Tapi keliling area rumah memang berpagar tak boleh keluar masuk. Nak masuk nak keluar memang kena lalu guard house.
"So dapat tangkap dia. Dia ugut nak bunuh diri, pegang pisau bagai. I balik-balik tengok dia macam tu. Tak terfikir langsung sebab I tengok dia dah okay jaga anak jaga rumah.
"Cuma memang dia lain sikit. Tak suka bercakap, tak hormat orang as tuan rumah. Tak macam orang yang I selalu jumpa.
"Kitorang cuba faham dia. Nak guna smartphone bagi, nak cuti bagi. Makan pun I masak kadang siap hantar sampai ke bilik dia. Sebab taknak dia tak makan sebab dia dah jaga anak I dengan baik," kongsinya.
Adira turut berkongsi beberapa aksi pembantu rumahnya yang cuba dipujuk dan ditenangkan oleh ahli keluarga dan pengawal keselamatan di rumahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar