Laman Utama

“Dia Suruh Add BBPin…”- Jumpa 6 Kali Terus Kahwin, Isteri Aril Pilus Imbau Detik Percintaan

Syafiqah Jalal
04/10/2021
10:20 MYT
Sponsor Banner
“Dia Suruh Add BBPin…”- Jumpa 6 Kali Terus Kahwin, Isteri Aril Pilus Imbau Detik Percintaan
Isteri kepada penyanyi dan pengacara, Aril Pilus, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin mengimbau detik perkenalannya dengan suami pada tahun 2013 sehingga membawa mereka ke jenjang pelamin.
Kata Puteri, hubungan mereka bermula dari sosial media dan mula berhubung di alam maya.
“Dari mula dia (Aril ) selalu komen komen kite dekat Instagram (IG) kita….kalau korang scroll feed sampai gambar bawah bawah. Ada je komen komen suami kite sebelum kite kahwin.
“Kemudian terus ke Twitter suruh add BBPIN (Blackberry Pin) sebab time tu IG takde DM (mesej peribadi) lagi. Time tu masih wujudnya telefon pintar, Blackberry ya,” ceritanya.
Puteri berkongsi perkara tersebut di akaun IG miliknya.
Menerusi kemas kini tersebut dia memuat naik video yang menunjukkan mesej pertama yang dihantar Aril kepadanya.
Tambah Puteri, mereka hanya berjumpa enam kali sebelum kahwin dan menjalani hubungan jarak jauh kerana dia bertugas sebagai pramugari.
“Minta BBPIN 10 Mei 2013, nikah 20 Disember 2013. “Jumpa pun sebelum kahwin 6 kali je…lepas nikah saya terus terbang balik ke Saudi hidup lah kami long distance relationship sampai lah saya hamil Mikael 2015 baru balik Malaysia for good,” beritahunya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapklan tahniah kerana dapat mengekalkan perkahwinan mereka hingga kini.
Puteri dan Aril mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar