Laman Utama

Bukan Body Shaming Tapi Wake Up Call Untuk Ibu Bapa, Kanak-Kanak Chubby Ada Risiko Penyakitnya

Mya Amri
29/03/2022
23:09 MYT
Sponsor Banner
Bukan Body Shaming Tapi Wake Up Call Untuk Ibu Bapa, Kanak-Kanak Chubby Ada Risiko Penyakitnya
Tidak hanya orang dewasa, masalah berat badan berlebihan juga sering kali berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Bukan bertujuan untuk body shamming, sebaliknya topik yang dibincangkan oleh Public Health Malaysia kali ini lebih kepada memberi kesedaran atau wake up call kepada ibu bapa.
Kanak-kanak chubby memang comel namun disebalik kecomelan itu ibu bapa harus peka dengan tahap kesihatan anak-anak.
Menurut Public Health Malaysia, sekiranya mula mengalami kesukaran untuk mencari pakaian sekolah anak kerana berat badan berlebihan, ia adalah wakeup call untuk ibu bapa bertindak.
“Lihat semula apa makanan yang disajikan pada anak anak. Berapa kerap anda membuat pesanan makanan segera dalam seminggu?
“Adakah mereka menggunakan gadget terlalu lama? Ada aktiviti fizikal mereka pada hujung minggu?
“Berat badan berlebihan pada usia kanak kanak dan remaja memberi implikasi kepada kesihatan mental, fungsi cognitif dan risiko penyakit metabolik lain.
“Lakukan perubahan gaya hidup “keluarga” untuk kesihatan bersama,” kongsi hantaran tersebut.
Menerusi posting yang sama, Public Health Malaysia juga turut menyenaraikan masalah-masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak comel ini.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut Facebook rasmi itu bersetuju dengan perkongsian tersebut.
Malah ada juga mengakui pernah mengalamani masalah dan nasib yang sama.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca Gempak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar