Laman Utama

Bercerai, Janda Sule Sempat Mahu Buka Tudung

Maliah Surip
23/08/2022
14:55 MYT
Sponsor Banner
Bercerai, Janda Sule Sempat Mahu Buka Tudung
Komedian terkenal Indonesia, Sule akhirnya rasmi menjadi duda pada 10 Ogos lalu selepas menceraikan isterinya, Nathalie Holscher.
Sejak dari awal perkenalan sehingga berkahwin, pasangan ini memang kerap dilanda kontroversi, terutamanua Nathalie.
Nathalie yang merupakan seorang mualaf sebelum menikah dengan Sule didakwa tidak cintakan pelakon komedi itu melainnya kerana kekayaan yang dimilikinya.
Malah selepas bercerai, bekas DJ ini masih mendapat tohmahan buruk dalam kalangan warganet.
“Semasa proses bercerai sehingga lepas bercerai, saya dibuli teruk oleh warganet.
“Mereka tidak tahu apa apa, tak tahu perasaan saya yang sedang hancur apalagi sebagai mualaf, iman saya ada turun naik.
“Sebab itu ada pada masa fikiran jahat saya datang, saya berfikir mahu membuka hijab. Tapi saya berfikir semula saya, kehidupan saya dan anak ke depannya nanti macam mana.
“Saya mahu menjadi manusia yang lebih baik. Jadi saya batalkan hasrat mahu buka hijab,” kata Nathalie Holscher sewaktu menjadi tetamu YouTube Ricis Official seperti dilaporkan Liputan6.com.
Perkahwinan Sule dan Nathalie hanya bertahan dua tahun, namun pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Adzam yang lahir pada Disember tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar