,
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Dasar 'Tahi Hidung Masin'! Benci Bila Ada Kawan Kedekut, Suka Rembat Makanan Housemate

Kak Gee
13/06/2020
01:12 MYT
SOALAN:
Kak Gee, kawan kami ni kedekut tahi hidung masin! Kami baru kenal peribadi sebenarnya selepas duduk dengan dia semenjak awal tahun ini..
Tak sangka pula dia ada sejenis perangai 'tahi hidung masin' ni!
Bayangkan, ketika kami rakan-rakan serumah lain keluar membeli barang dapur untuk rumah sewa kami, dia berikan alasan sibuk dengan kerja pejabatnya.
Dia tak menghulurkan sebarang duit.
Kami yang lain bersangka baik, oh mungkin dia lupa kot.
Tapi kalau dah semenjak awal tahun bagi banyak alasan dan tak hulur duit langsung, itu apa tu Kak Gee?
Masalahnya, bila dia lapar, bukan main kelentang kelentung dia memasak kat dapur, guna barang-barang yang kami beli!
Kak Gee, kami bukan berkira tapi kalau dia tak hulur langsung tapi jadi tukang menghabiskan beras dan makanan kat rumah kami, geram jugak Kak Gee.
Apa yang kami boleh buat, kalau sound nanti, takut sentap.
Tolonglah kami ni Kak Gee!
Geng Gadis Bengang.
--
JAWAPAN:
Salam Geng Gadis Bengang, terima kasih sebab share masalah dengan Kak Gee.
Alahai, susah juga ya kalau ada perangai 'Haji Bakhil' macam ni...
Bagi Kak Gee, mungkin anda semua boleh mengadakan mesyuarat rumah dan berbincang dari hati ke hati.
Bagi Kak Gee, jika tiada sebarang perbincangan, macam mana masalah ni nak selesai?
Kak Gee pun rasa tak best bila yang lain memendam rasa, lepas tu kawan yang satu tu asyik pulak menghabiskan makanan orang lain.
Apa yang penting, bincang elok-elok ya.
Jika ada rakan serumah yang baran, cari seorang wakil yang paling cool untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ni.
Luahkan apa yang tak puas hati tu dengan penuh berhikmah dan diplomasi.
Jangan jerit-jerit, jangan tengking-tengking.
Mesti ada jalannya, tak mau gaduh-gaduh masam muka tau!
---
Itu kisah Geng Gadis Bengang, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ibu Bimbang Anak Ketagih TikTok, Usia Baru 11 Tahun

gempak
02/07/2021
14:20 MYT
ini dilema para ibu bapa zaman sekarang
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Jiran Belakang Rumah Meninggal Sebab COVID 19, Mak & Bapa Masih Anti Vaksin

gempak
12/06/2021
05:30 MYT
aduhai jangan terpengaruh dengan khabar tak betul
PMTepiKakGee

PMTepiKakGee: "Saya Dah 7 Bulan Tak Ada Kerja" - Anak Bimbang Tak Dapat Bantu Keluarga

gempak
04/05/2021
14:29 MYT
Peritnya Tuhan sahaja yang tahu.
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Demam Sikit Covid, Batuk Sikit Pun Covid” - Pemuda Tertekan Rakan Terlalu Paranoid

gempak
28/04/2021
14:24 MYT
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ayah Selalu Minta Lihat Pakaian Dalam, Bimbang Nak Beritahu Ibu

gempak
20/03/2021
15:25 MYT
Kak Gee rasa ini bahaya