gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
From Saga With Love Diiktiraf Antarabangsa, Lonjak Pelancongan Malaysia Ke Jepun
HIBURAN
"Berpisah Di Dunia Hanya Sementara, Kita Akan Berkumpul Lagi Di Akhirat" - Ibu Aliff Aziz
VIRAL
Isu Lagu Remix Dua Lipa & Bollywood Dalam Majlis Selawat, Imam Masjid Merbok Mohon Maaf - "Sebagai Menebus Kesalahan Saya Sedekahkan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Pernah Tampilkan Alif Satar Untuk Kempen Kesedaran #JalanYangKuPilih, Kahf Diiktiraf Di Anugerah FMCG Asia 2024

Amri Hassan
Amri Hassan
27/11/2024
20:13 MYT
Sponsor Banner
Pernah Tampilkan Alif Satar Untuk Kempen Kesedaran #JalanYangKuPilih, Kahf Diiktiraf Di Anugerah FMCG Asia 2024
Jenama penjagaan diri lelaki, Kahf Malaysia, berjaya meraih penghargaan Product Launch of the Year di Anugerah FMCG Asia 2024.
Anugerah ini mengiktiraf kejayaan besar Kahf dalam memasuki pasaran penjagaan diri lelaki di Malaysia.
Ketua Kumpulan Pembangunan Jenama Kahf, Andrie Kurniarahman, produk-produk Kahf direka khas untuk memenuhi keperluan lelaki moden, menggabungkan sains dan alam semula jadi dalam setiap formula.
“Kahf menawarkan rangkaian produk Halal berkualiti tinggi yang direka untuk gaya hidup aktif lelaki, dengan teknologi HydroBalance™️ yang membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit.
“Jenama kami mengutamakan keselamatan pengguna, dengan produk yang telah diuji oleh pakar dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit,” katanya.
Tambah Andrie, Kahf juga memperkenalkan kempen #JalanYangKupilih, bertujuan menyokong lelaki dalam usaha mereka untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Kempen tersebut diperkasakan melalui video digital yang menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar, yang memberikan inspirasi kepada lelaki untuk terus berkembang dengan sokongan produk Kahf.

"Sejak dilancarkan, Kahf telah berjaya mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa, dengan jualan yang meningkat secara signifikan dalam tempoh dua tahun, dan berkembang lebih pantas berbanding pasaran penjagaan kulit di Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Andrie juga menekankan bahawa Kahf akan terus melancarkan produk-produk inovatif bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang.
Anugerah FMCG (Fast Moving Consumer Goods) Asia yang dianjurkan oleh Retail Asia ini mengiktiraf syarikat-syarikat terbaik dalam industri FMCG di Asia, dan pencapaian Kahf membuktikan kejayaannya dalam memperkenalkan produk yang diterima baik oleh pasaran tempatan.
Topic Berkaitan
#Alif Satar
#Anugerah
#Kempen
#kesedaran
#FMCG Asia 2024
#Kahf
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement