Hiburan

"Dalam Perkahwinan Tak Semuanya Sempurna" - Terlalu Banyak Isu Cerai, Osem Han Lancar Lagu 'Masih Bisakah'

gempak
Amri Hassan
27/11/2024
21:40 MYT
Sponsor Banner
"Dalam Perkahwinan Tak Semuanya Sempurna" - Terlalu Banyak Isu Cerai, Osem Han Lancar Lagu 'Masih Bisakah'
Penyanyi dan penulis lagu Osem Han, melancarkan lagu terbaharu berjudul Masih Bisakah sebagai respons terhadap peningkatan isu perceraian dan ketegangan dalam hubungan rumah tangga yang sering menjadi perhatian ramai.
Menurut Osem, karya ini tercipta sebagai refleksi terhadap realiti kehidupan rumah tangga yang tidak selalu indah, apatah lagi dengan wujudnya media sosial yang memberi ruang kepada lebih banyak masalah peribadi untuk dibincangkan secara terbuka.
“Terlalu banyak isu perceraian sekarang ini. Mungkin dulu kita jarang mendengar tentang masalah rumah tangga secara terbuka, tetapi dengan media sosial, isu ini semakin meluas dan mendapat perhatian ramai.
"Itulah sebabnya saya menghasilkan lagu ini, untuk memberi pengajaran dan membuka mata tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan berpasangan," katanya.

Keikhlasan perhubungan

Tambah Osem, lagu Masih Bisakah mengangkat tema besar tentang penerimaan dan keikhlasan dalam sesebuah hubungan.

BERITA TRENDING: Impian Gabung Pemuzik 3 Negara Tak Kesampaian, Osem Han Teruskan Supernova Secara Solo!

Ia berkisar tentang bagaimana pasangan berhadapan dengan kesalahan dan ketidaksempurnaan masing-masing.

BERITA TRENDING: Penyanyi Kelahiran Singapura, Osem Han Mahu Kejar Impian Di Malaysia!

Osem menyatakan bahawa lagu ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi lebih kepada soal kemampuan pasangan untuk menerima kesilapan dan bertahan dalam hubungan yang diuji oleh masa.
“Lagu ini ibaratnya seperti bertanya kepada diri kita, bolehkah kita menerima kesalahan pasangan kita? Bolehkan kita terus bersama walaupun sudah banyak perkara yang berlaku? Dalam setiap perhubungan, ada masa kita merasa teruji dan bertanya, Masih bisakah kita teruskan?',” ujar Osem.

Pengalaman sendiri

Sementara itu, Osem berkata lagu ini sangat dekat dengan pengalamannya sendiri.

"Mungkin ada kaitannya dengan kehidupan saya dan isteri saya. Saya ingin memberi peringatan bahawa dalam perkahwinan, tidak semuanya sempurna. Ada fasa-fasa indah, tetapi ada juga cabaran besar yang perlu dihadapi bersama," tuturnya.

Dengan lirik yang menggambarkan kesulitan dan cabaran dalam perhubungan, "Masih Bisakah" memberi ruang kepada pendengar untuk merenung kembali keadaan dalam hubungan.
“Lagu ini sengaja saya biarkan ‘tergantung’ tanpa penyelesaian yang jelas, menggambarkan bahawa jawapan sebenar bagi setiap pasangan ada dalam diri mereka sendiri,” katanya.

Bukan lovey-dovey

Dalam pada itu, Osem mengakui bahawa dalam mencipta lagu ini, dia berusaha untuk tidak menjadikan Masih Bisakah sebuah lagu yang terlalu klise atau romantik. Sebaliknya, dia mahu ia lebih kepada sentuhan realistik yang mencerminkan kehidupan sebenar.

“Saya cuba elakkan lagu ini daripada menjadi terlalu ‘lovey-dovey’. Ini adalah tentang realiti hidup. Saya mahu pendengar rasa seolah-olah mereka sedang bercakap tentang kehidupan mereka sendiri," tambahnya.

Proses penghasilan lagu ini juga mencabar dimana lagu ini dirakamkan di tiga lokasi berbeza iaitu Singapura, Jakarta, dan Bali, bagi mendapatkan pengalaman muzik yang pelbagai.
Ujar Osem, Masih Bisakah agak susah dinyanyikan kerana banyak elemen ‘feel’ daripada teknik vokal. Proses rakaman ini juga benar-benar menyampaikan emosi sebenar dalam lagu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024