,
Artis Korea

[FOTO] Lupakan Ronaldo, Pemain Korea Selatan, Cho Gue Sung Viral Kerana Kacak, Semak Fakta Ini

Maliah Surip
03/12/2022
07:57 MYT
Pemain nombor 9 dari skuad Korea Selatan tiba tiba menjadi viral selepas perlawanan menentang Uruguay dalam temasya Piala Dunia Qatar 2022 baru baru ini.
Pemain itu adalah Cho Gue Sung. Dia mula mencuri tumpuan penonton dan peminat bola sepak selepas dirinya bergambar dengan Jungkook BTS dan kemudian menyumbat dua gol dalam perlawanan menentang Ghana.
Namun popularitinya mendadak naik selepas perlawanan dengan Uruguay yang berakhir seri apabila pengguna media sosial mula mencari tahu tentang latar belakang dan perkembahan termasuk adakah atlet tersebut sudah mempunyai kekasih.
Berikut antara fakta mengenai Gue Sung seperti dilaporkan Yahoo.com:
Gue Sung lahir pada 25 Januari 1998 dan kini berusia 24 tahun.
Kedua ibu bapanya juga merupakan atlet. Bapanya pernah bergelar pemain bola sepak, manakala ibunya merupakan salah seorang pemain bola tampar profesional.
Pengikut di akaun Instagramnya naik mendadak dalam masa beberapa jam selepas perlawanan berakhir.
Gue Sung yang sebelum ini memiliki sekitar 300 ribu pengikut telah memperoleh sebanyak 1.6 juta pengikut di Instagram dalam tempoh yang singkat dan dia hanya memiliki lima keping foto.
Gue Sung hampir berputus asa dengan kerjayanya sebagai atlet sewaktu remaja, Dia menyifatkan dirinya tidak akan berjaya sebagai seorang pemain bola sepak, lantas memberitahu ibunya, dia hanya bermain untuk beberapa bulan mendatang dan jika tuah masih tidak menyebelahinya, Gue Sung mahu berhenti. Namun kerana mempunyai dedikasi yang tinggi, dia berjaya mencapai impian menjadi pemain bola sepak profesional.
Sewaktu berputus asa menjadi pemain bola sepak, Gue Sung bersiap untuk menduduki ujian untuk menjadi kakitangan kerajaan.
Dia tidak pernah menyifatkan dirinya sebagai seorang pemain bola sepak yang bagus walaupun menjadi salah seorang pemain kebangsaan.
Pada awal karier bermain bola di zaman kanak kanak, dia lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan kerana tubuh badan yang rendah berbanding rakan sepasukan.
Kini namanya dikaitkan mempunyai hubungan cinta bersama salah seorang model terkenal Korea Selatan iaitu Ji Min Joo. Pihak agensi Min Joo tampil dengan kenyataan berbunyi: “Kami tidak boleh mengesahkannya.”
Min Joo pula berkata: “Ini adalah hal peribadi kami.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.