HOLLYWOOD
Terlibat Langgar Lari, Mandy Moore: “Harap Anda Kena Karma”
Pelakon Mady Moore mendedahkan berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan dengan seorang pemandu wanita baru-baru ini.
Ibu kepada tiga anak itu menerusi media sosialnya melahirkan rasa syukur kerana tidak mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku, namun hal yang membuatkan dirinya berang adalah ia merupakan kemalangan langgar lari.
“Manusia jenis apa ini?”luahnya seperti dilaporkan The Mirror tanpa butiran terperinci.
Bintang Princess Diaries itu kemudian berharap agar pemandu yang melanggar lari kenderaan yang dinaiki bersama anaknya itu menerima karma atau balasan atas perbuatan tidak bertanggungjawabnya.
“Buat wanita yang melanggar saya dan keluarga kemudian lari, saya harap anda kena karma,” katanya.
Kemalangan langgar lari ini menjadi insiden terbaru dalam hidup Moore, 41, dan keluarga selepas kediamannya terlibat dalam kebakaran besar-besaran di California pada awal tahun ini.
Must-Watch Video