HIBURAN
Pelakon Aku Bukan Ustazah Sindir Erika Carlina ‘Tandas Awam’: “Suka Tukar Pasangan”
Kisah pelakon Pengantin Setan Erika Carlina yang mengaku hamil luar nikah sehingga selamat melahirkan anaknya baru-baru ini masih menjadi perdebatan di Indonesia.
Tanpa menyebut nama, salah seorang rakan artis yang ikut memberi pandangan mengenai Erika adalah Rizky Alatas.
Menerusi perkongsian di media sosialnya, pelakon Aku Bukan Ustazah ini membahaskan tentang sokongan dan simpati yang diperoleh Erika sementara pihak lelaki yang membuat wanita itu hamil dikecam.
“Lagi sering diperkatakan kes selebgram hamil luar nikah sama DJ tapi yang kena cancel DJ-nya,” tulis Rizky seperti dilaporkan Liputan6.com.
Rizky juga menulis: “Padahal si selebgramnya juga anak party, suka bungkus-bungkus cowok (tukar pasangan).
“Lepas dia hamil, dia curhat di podcast si yang katanya smart people (kalau smart kenapa di podcast). Di podcast itu si wanita minta simpati dan perlindungan.”
Kenyataan itu membuat ramai warganet ikut bersuara. Mereka percaya Rizky bercakap dan menyindir Erika yang mendedahkan tentang dirinya hamil anak luar nikah dalam podcast Deddy Corbuzier pada 18 Julai lalu.
Seorang DJ iaitu DJ Panda kemudian tampil mengaku lelaki yang telah membuat Erika hamil, namun dirinya telah dikecam selain hilang pekerjaan kerana sempat mengelak untuk bertanggungjawab.
Oleh yang demikian, Rizky berpandangan masyarakat jangan terlalu mudah memberi simpati tanpa adil kepada kedua-dua pihak.
Dalam balasan komen kepada warganet, Rizky menegaskan sosok wanita yang dia sindir tidak layak diberi perhatian.
“Saya tidak campur masalah ini. Saya hanya beritahu. Toilet umum jangan diberi perhatian apa lagi menerima sokongan!”tulisnya.
Frasa "toilet umum" atau tandas awam seolah menggambarkan sosok perempuan yang mudah berhubungan seks dengan lelaki dan ia dikaitkan dengan Erika.
Must-Watch Video