,
Artis Korea

Azfarheri Emosi, Sakit Hati Tengok Penthouse -“Memang Nak Kena Pijak! Kalau Aku Dalam Ni Aku Tampar Semua Orang!”

Mya Amri
12/03/2021
01:54 MYT
Personaliti media sosial kesukaan ramai, Azfarheri juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa dengan menonton drama Korea viral berjudul Penthouse.
Malah menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya, Azfar memuat naik reaksinya sewaktu menonton drama berkenaan.
Menerusi video di ruangan IGTV berkenaan, Azfar yang terkesan dengan drama itu meluahkan rasa geram dengan jalan cerita dan juga watak dibawakan oleh pelakon Penthouse 2 terutamanya Ha Eun Byul.
“Elok semua anak-anak dalam Hera Palace ni pergi mampus, pergi mati je kau tau tak sakitnya hati aku.
“Kalau aku dalam cerita ni aku tampar semua orang! Bae Ro Na ke Bae Go Ra ke beg sekolah ke semua aku tampar! Sakitnya hati aku.
“Kalau aku jadi laki ni kan aku tampar je ni! Aku pijak dia! Antara Seok Kyung dengan Eun Byul bodoh ni saya lagi sokong Seok Kyung.
“Eun Byul ni dengan muka dia macam tu eish! Kau tengok, eh Seok Hoon tu tak suka kau lah, kau tu gila!
“Eh peninglah, peninglah cerita ni. Aduh aku ingat bapa dia baik lagi rupaya bapa dia sokong anak yang tu lepas tu bagi rantai tu!” ujarnya geram.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, para pengikutnya juga menyokong komen Azfar selain terhibur melihat reaksinya.
Minggu lalu menyaksikan Bae Ro Na disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga akibat ditolak oleh Eun Byeol.
Tidak cukup dengan itu, kemunculan Logan Lee dan seorang wanita misteri berambut pendek mirip Shim Soo Ryeon pula sudah cukup membuatkan netizen kembali ‘gila’.
BACA: #OhDaebak: In Logan Lee We Trust! Tapi Betul Ke Bae Ro Na Mati? Ini Antara Teori Netizen
Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Laman Utama

Dipetik Join PLKN, Azfarheri Dan Imran Bard Tunjuk Cara Kawad! Netizen Usik - “Ni Trainer Yang Koyak Nanti”

gempak
04/11/2023
12:55 MYT
Mau huru hara kalau dua orang ni masuk hehe.
Artis Korea

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

gempak
21/09/2023
08:27 MYT
Atuk famous K-Drama dah tiada...
Artis Korea

Babak Buli Yang Buat Rasa Ngilu Dalam The Glory Rupanya Berdasarkan Peristiwa Sebenar!

gempak
06/01/2023
15:01 MYT
Sakit hati tengok part buli tu!
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.