HIBURAN
“Tolong, Sudahlah Abah…” – Netizen Simpati Lihat Aliff Syukri Potong Rambut Anak
Tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memotong rambut anak sulungnya, Ammar Ahyan secara langsung (live) di TikTok mengundang pelbagai reaksi warganet.
Dalam rakaman berdurasi beberapa minit itu, Aliff dilihat memegang gunting dan menyatakan hasratnya untuk mengemaskan gaya rambut remaja berusia 17 tahun itu.
@anirashop23 Anak soleh amayan, sabarr je😂 #alifsyukriterlajaklaris #papalaris #dherbsterlajaklaris #dherbs #datoaliffsyukri ♬ original sound - AniRa 💥RACUN TIKTOK💥
“Tak banyak pun (potong), abah dulu kerja salun. Abah ini stylist, nak kemaskan sahaja. Barulah tak serabai, pening aku tengok rambut kau. Nak jumpa Cik B kena handsome,” katanya.
Namun begitu, riak wajah Ammar berubah menjadi terkejut dan jelas kelihatan tidak senang dengan tindakan bapanya itu.
Malah, Ammar turut merayu berkali-kali supaya Aliff menghentikan perbuatan tersebut.
“Tolonglah abah… sudahlah abah. Abah cakap sikit je potong,” pintanya dalam nada perlahan dan penuh emosi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyuarakan rasa simpati terhadap Ammar yang kelihatan seolah-olah tertekan dengan perlakuan bapanya.
“Allahu, sebelum ni repost video kelakar-kelakar mereka. Tapi kali ni rasa sebak. Sampai hati Dato’ buat macam ni. Kesian, mental abuse anak sendiri. Sorry Ammar, kami support video lawak-lawak awak sampai ayah awak too much.
“Papa memang boleh buat apa saja pada anak, tapi kadang-kadang papa ni dah melampau. Bagusnya Ammar ni, taat tapi hati dia memberontak,” luah beberapa netizen.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji sikap tenang Ammar dalam melayan kerenah bapanya walaupun jelas terguris dengan tindakan tersebut.
“Nampak lain terus muka dia lepas Abah dia potong rambut.
“Kesian Ammar, tapi tulah, dia kan budak baik. Pasrah je lah dengan Abah dia tu. Yang Abah pulak, syok sendiri,” tambah yang lain.
Must-Watch Video