,
Artis Korea

Ada 52 Juta Pengikut, Jungkook BTS Tetap Hapus Akaun Instagram

Maliah Surip
01/03/2023
14:52 MYT
Salah seorang anggota BTS, Jungkook baru mengucapkan selamat tinggal kepada pengikutnya di Instagram apabila menghapus akaun peribadinya.
Akaun dengan nama @jungkook.97 itu dihapus pada 28 Februari 2023. Saat dihapus, Jungkook mempunyai sebanyak 52.4 juta pengikut, mengikuti hanya 7 akaun dan telah memuat naik 87 keping gambar.
Tindakannya menghapus akaun tersebut membuat banyak peminat gusar.
Namun menerusi kenyataan yang diberikan melalui Weverse, Jungkook tidak mahu peminat gusar dengan tindakannya.
Bintang terkenal itu memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik dan membuat keputusan untuk menghapus atau menutup akaun kerana berasa dirinya tidak terlalu kerap atau aktif dalam laman sosial Instagram.
Dia juga menafikan akaunnya telah digodam.
“Saya telah menghapus Instagram. Ia bukan digodam. Saya tidak pernah menggunakannya jadi saya tutup akaun tersebut,” katanya seperti dilaporkan AllKPop.
Jungkook kemudian menegaskan dia memang tidak menggunakan Instagram jadi berasa tiada keperluan untuk memiliki akaun tersebut dan hanya akan berinteraksi dengan peminat menerusi aplikasi Weverse.
“Saya telah memadam Instagram dan tidak akan kembali menggunakannya. Saya hanya akan menggunakan Weverse Live sekali sekala,” katanya.
Terdahulu Jungkook membuka akaun tersebut selama satu tahun dua bulan bertepatan pada 6 Disember 2021, bersama-sama dengan enam anggota BTS yang lainnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.