gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Tak Nak Susahkan Mama…” - Cik B Mahu Cepat Sembuh, Ikhtiar Jumpa Bomoh Tulang
HIBURAN
A Aida Tak Galakkan Anak Jadi ‘Full Time’ Pelakon - “Ramai Rakan Pengarah Ingin Ambil Dia Berlakon Tapi…”
HIBURAN
“Mangsa Siber Buli Harus Bersuara” - Uyaina Arshad
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Dia Campak Buku Saya…” - Insiden Dimarahi Mas Idayu Masih Segar Dalam Ingatan Nadeera

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
01/08/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
“Dia Campak Buku Saya…” - Insiden Dimarahi Mas Idayu Masih Segar Dalam Ingatan Nadeera
Penyanyi, Nadeera mengimbau kembali pengalaman ketika menyertai pertandingan nyanyian sulungnya sekitar pada tahun 2012.
Lebih sedekad berlalu, Nadeera mengakui insiden dimarahi oleh Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri dan tenaga pengajar dalam program tersebut masih jelas dalam ingatannya sehingga kini.
“Pertandingan pertama yang saya sertai merupakan pengalaman yang saya ingat sampai sekarang, pernah kena marah dengan Mas Idayu.
“Mas Idayu ambil buku lirik saya kemudian dia campak, Mas Idayu kata tiada ‘improvise’. Dia suruh saya keluar dari bilik dan cari ‘improvise’ sendiri, dia cakap ‘kau keluar sekarang’,” katanya.
Nadeera berkongsi perkara itu dalam saluran podcast Kita-Kita Aje! yang dikendalikan oleh hos terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi.
Menurut Nadeera, ketika itu gaya nyanyiannya sering terikut-ikut dengan penyanyi asal dan tidak melakukan improvisasi.
“Saya memang ada masalah atau habit yang suka nyanyi terikut gaya penyanyi asal, saya dahulu suka buat perkara itu,” ujarnya.
Mengakui terkedu ketika dimarahi, Nadeera berkata dia terpaksa meminta bantuan daripada peserta lain yang dianggap seperti abang dan kakak dalam pertandingan tersebut.
“Ketika dimarah saya tergamam dan tak tahu nak buat apa. Jadi saya minta tolong abang dan kakak yang juga peserta dalam pertandingan itu untuk mengajar saya.
“Selepas mereka ajar saya, adalah ‘improvise’ yang dapat saya lakukan. Kalau tidak saya memang akan terikut sebiji penyanyi asal,” katanya lagi.
@kitakitaajepodcast "Kau keluar sekarang!" Pedih… Sampai sekarang masih terngiang-ngiang Bukan senang nak senang. Nadeera pun bermula dari langkah kecil, setiap kesalahan jadi pengajaran. Banyak benda beliau belajar untuk jadi di puncak sekarang. Sisi lain Nadeera... Are you ready for it? Ikuti kisah penuh suka duka di Kita Kita Aje Podcast 📆 Khamis | 1 Ogos 2025 ⏰ 8:00 malam #KitaKitaAjePodcast #NadeeraZaini #PodcastMalaysia #BoosterMinda #VitaminMinda ♬ original sound - Kita Kita Aje! Podcast
Topic Berkaitan
#Mas Idayu
#Nadeera
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement