,
Hollywood

Tuduh Ariana Grande Ciplak Lagunya Lewat Video Di Instagram, Princess Nokia Kini Hapus Bukti Itu

Gempak ID
19/01/2019
11:24 MYT
Ariana Grande baru merilis single terkininya, 7 Rings semalam.
Namun, hari ini, sudah ada yang mengaku kalau pelantun muda itu telah melakukan plagiat terhadap salah sebuah lagunya.
Dia adalah rapper Princess Nokia yang mendakwa 7 Rings punya persamaan dengan lagu Mine yang diambil dari mixtape pada tahun 1992.
Menerusi sebuah video yang diunggah lewat akun Instagramnya, rapper itu memperdengarkan kedua dua lagu untuk membuktikan dakwaannya.
“Adakah ia kedengaran familiar buat kamu? Pada saya iya. Oh Tuhanku!” ujar Princess Nokia pada video tersebut.
Dia mendakwa terdapat persamaan pada lirik lagunya. Video itu bagaimanapun sudah dihapuskan dari akun Instagramnya yang hanya punya sekitar 600, 000 followers.
Foto terakhir yang ada dalam akun Instagramnya telah diunggah empat hari lalu. Entah karena dihujat penggemar Ariana atau sebaliknya, hanya wanita itu yang tahu.
Walhal, Ariana, 25, pernah dipetik sebagai berkata 7 Rings diilhamkan selepas dia dan temannya keluar membeli belah.
“Kami telah keluar membeli belah sebagai terapi. Kami masuk ke Tiffany dan kemudian aku keluar dengan membeli tujuh bentuk cincin.
“Kemudian aku pulang ke studio dan memberikannya kepada yang lain sebagai tanda cincin persahabatan. Dari situlah idea membikin lagu ini datang,” kata Ariana.
Sumber: US Weekly Instagram: Ariana Grande, Princess Nokia
Oleh: Maliah Surip
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

gempak
30/06/2024
21:51 MYT
Penyanyi Ariana Grande meluahkan keinginan keluar makan malam bersama salah seorang pembunuh bersiri paling kejam dunia jika berpeluang berbuat demikian.
Laman Utama

Ariana Grande Berhenti Lakukan Botoks & Tebalkan Bibir, Rasa Tidak Perlu Berselindung Lagi

gempak
16/09/2023
14:45 MYT
Ariana Grande membuat pendedahan telah melakukan beberapa siri suntikan botoks dan menebalkan bibir
Laman Utama

Pereka Busana Kontroversi Jasmine Suraya Pernah Buat Baju Untuk Ariana Grande

gempak
04/08/2023
05:50 MYT
Patutlah cantik
Laman Utama

Ariana Grande Bercerai…

gempak
18/07/2023
02:20 MYT
Khabarnya Ariana dan suami berpisah sejak Januari
Laman Utama

Peminat Gelar Dirinya Anoreksia, Ariana Grande: “Anda Tidak Pernah Tahu Apa Yang Dilalui Seseorang”

gempak
15/04/2023
08:45 MYT
Lainnya Ariana sekarang...