Hiburan
Dituduh Masih Belum ‘Move On’, Sherry Ibrahim Bagi ‘Warning’ - “Sekali Lagi Awak Tulis, Tunggu Peguam Saya”
Masih menerima komen negatif daripada netizen di laman sosial, pelakon Sherry Ibrahim memberitahu dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Tindakan undang-undang
Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, berkata tindakan itu akan dilakukan jika individu tersebut masih menuduhnya belum ‘move on’ dipercayai daripada hubungan cinta lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Liar..Pergi Club, Buat Benda Terlarang...” - Sherry Ibrahim Kenang Semula Kehidupan Sebagai Pramugari
ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim Suka Lelaki Bergigi Cantik & Wangi, Netizen Pula Berlumba-Lumba Nak Carikan Jodoh
“Perangai sebenar macam mana tu? Awak yang komen dalam TikTok saya, tulis yang bukan-bukan, awak yang mungkin tak move on.
“Sudah masuk tahun baharu tak ada benda yang perlu dikaitkan. Sekali lagi awak tulis, tunggu peguam saya.
“Jaga diri dan semoga hati awak sentiasa tenang dan dibuang perasaan benci,” katanya menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok.
Berhenti sebar fitnah
Dituduh tidak move on dalam beberapa hantaran media sosial, pelakon berusia 42 meminta individu tersebut berhenti mengganggu dan menyebar fitnah mengenainya.
“Move on pasal apa ya? Awak ada masalah bahagian mana, boleh terangkan tak?
“Tiada siapa yang nak menghentam dan awak sahaja yang rasa begitu. Nak tulis supaya orang membenci, serta semua itu adalah fitnah.
“Jadi, kalau awak tak kenal saya dan tiada bukti, jangan suka hati nak komen macam itu. Hentikan kebencian! Ke awak yang tak move on?” ujarnya membalas komen individu tersebut.
Komen netizen
Sherry turut berkongsi semula komen individu itu yang dilihat masih tidak berpuas hati dengannya.
“Orang luar boleh nampak perangai sebenar Sherry Ibrahim ni. Orang baru gertak sikit sudah meroyan,” dakwa individu itu.
@sherry_ibrahim Replying to @Norimi ♬ original sound - Sherryibrahim
Must-Watch Video