Viral

Nenek ‘Kantoi’ Beli Barang Dapur Guna Wang Mainan

gempak
Gempak
09/01/2025
00:25 MYT
Sponsor Banner
Nenek ‘Kantoi’ Beli Barang Dapur Guna Wang Mainan
Seorang wanita berusia 78 tahun di Lumajang, wilayah Jawa Timur ditahan selepas membeli beberapa bahan keperluan asas menggunakan wang kertas mainan, lapor portal berita Tribunnews pada Selasa.
Ketua Polis Tempeh, Inspektor Samsul Arifin berkata, suspek bernama Kunci Wasiawati, membelanjakan kira-kira 390,000 rupiah (RM110) di kedai runcit berhadapan rumahnya.
“Pemilik kedai membuat laporan kepada polis selepas wang kertas yang diberikan kelihatan pelik.
“Semua wang kertas itu adalah mainan dan bukan wang palsu. Ia sangat mirip dengan wang asli,” kata Samsul. Suspek juga didapati menyimpan wang kertas mainan dengan jumlah jutaan rupiah.
“Polis turut merampas 40 plastik yang terdiri daripada wang kertas mainan bernominasi 1,000 rupiah (RM0.27) dan 100,000 rupiah (RM28).
“Wang-wang kertas itu dibeli secara dalam talian,” tambahnya.
Siasatan sedang giat dijalankan.
Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024