,
Tempatan

Senang Betul Jual KTM RC 8C, Habis Tak Sampai 5 Minit

Erywan
26/07/2021
07:35 MYT
Pada 20 Julai lalu, pengeluar motosikal Austria mengumumkan untuk pra tempahan bagi model RC 8C.
Dua hari selepas itu, tempahan jentera berkenaan mula dibuka, tetapi apa yang mengejutkan ia habis dijual dalam masa 4 minit dan 32 saat sahaja.
Jentera yang hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit itu boleh dikatakan mencipta rekod tersendiri kerana habis dijual pada masa singkat.
Motosikal kegunaan litar itu dibangunkan bersama syarikat Kramer dari Jerman yang menggunakan enjin LC8c DOHC daripada model KTM 890 Duke R.
Kuasa yang dibekalkan boleh mencecah 120hp, tetapi kelebihan adalah beratnya hanya 140kg. Ini boleh dikatakan nisbah berat dengan kuasa hampir menyamai 1:1.
Jentera dua roda itu dilengkapi dengan pelbagai komponen perlumbaan, tetapi KTM memaklumkan motosikal itu tidak memerlukan kepakaran pasukan perlumbaan untuk menyelenggaranya.
Jentera itu memiliki fork USD WP Apex Pro 7543 di hadapan, manakala belakang menggunakan WP monoshock Apex Pro 7746 yang mana kedua-dua bahagiannya boleh dilaras sepenuhnya.
Bagi kuasa hentian, ia diberi tugas kepada pam Brembo 19 RCS Corsa Corta serta angkup Brembo Stylema menjalankan tugas membrek pada roda hadapan yang mempunyai tiga mod iaitu dan Normal, Sport serta Race.
Jentera yang memiliki tangki bahan api 16 liter itu turut dilengkapi rim Dymag yang dibalut tayar slick Pirelli SC1.
Sebagai makluman, motosikal edisi terhad itu dijual pada harga £30,999 (RM178,400). Pada masa, KTM juga membuka senarai menunggu sekiranya ada pembeli yang berubah fikiran untuk tidak mahu memiliki jentera itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tak Ada Keperluan Beli Kereta, Saya Lagi Suka Naik Train” - Khai Bahar

gempak
17/01/2022
08:29 MYT
Lovenya! Mesti ada yang dah pernah jumpa Khai Bahar kan.
Laman Utama

Sajat Didakwa Lolos Ke Thailand, KTMB Beri Kenyataan

gempak
20/09/2021
22:40 MYT
Nama usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad atau Nur Sajat sekali lagi mencetus kekecohan apabila didakwa meloloskan diri ke Thailand dengan menaiki kargo tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
drebar

KTM India Lancar 250 Adventure Edisi 2021

gempak
07/12/2020
05:18 MYT
KTM 250 Adventure boleh dianggap transformasi asas dari varian naked KTM 250 Duke.