gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Mertua Mulut ‘Puaka’, Minta Menantu Mati Semasa Bersalin
BERITA
Berang Isteri Tak Angkat Telefon, Lelaki Paksa Anak Minum Air Mangkuk Tandas
BERITA
Lelaki Dipotong Kemaluan Gara-Gara Dituduh Guna…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Lelaki Dipotong Kemaluan Gara-Gara Dituduh Guna…

Gempak
Gempak
08/08/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Dipotong Kemaluan Gara-Gara Dituduh Guna…

Seorang lelaki berusia 35 tahun maut dalam insiden mengerikan selepas dipercayai diserang sekumpulan penduduk kampung yang menuduhnya mengamalkan ilmu hitam di daerah Gajapati, pada Sabtu malam.

Mangsa, Gopal Mallick, dilaporkan diculik, dikurung dan dipukul sebelum dicekik sehingga mati serta kemaluannya dipotong.

Mayatnya kemudian dibuang ke dalam Empangan Harabhangi dengan batu diikat pada badan bagi menenggelamkannya.

Ketua Balai Polis Mohana, Basant Kumar Sethi berkata, mayat Gopal berjaya ditemukan dengan bantuan pasukan bomba keesokan harinya.

Setakat ini, polis telah menahan 14 penduduk kampung bagi membantu siasatan.

Menurut siasatan awal, serangan dipercayai berpunca daripada kematian seorang wanita secara misteri dua minggu lalu, yang disyaki berpunca daripada amalan sihir oleh Gopal.

Akibat takut diserang, Gopal sekeluarga melarikan diri ke rumah mentuanya di daerah Ganjam, manakala adik iparnya menjaga haiwan ternakan mereka di kampung.

Namun pada Sabtu, Gopal pulang untuk mengambil semula haiwan-haiwan tersebut sebelum diculik sekumpulan penduduk yang kemudiannya membunuhnya.

Adik iparnya, Sita Mallick, telah membuat laporan polis dan memaklumkan Gopal pernah menerima ugutan sebelum ini.

Polis kini sedang mengenal pasti suspek lain yang terlibat dalam pembunuhan kejam tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Ilmu Hitam
#Lelaki
#Dipotong Kemaluan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement