gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki Dipotong Kemaluan Gara-Gara Dituduh Guna…
HIBURAN
Worth The Wait Papar Perit Peroleh Anak, Ini Tips Untuk Kekal Positif & Jangan Menyerah
HIBURAN
Tak Sempat Rai Kemenangan, Sophia Albarakbah ‘Diserang’ Komen Negatif & Mesej Lucah - “Memang Dia Bersyukur…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Worth The Wait Papar Perit Peroleh Anak, Ini Tips Untuk Kekal Positif & Jangan Menyerah

Maliah Surip
Maliah Surip
08/08/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Worth The Wait Papar Perit Peroleh Anak, Ini Tips Untuk Kekal Positif & Jangan Menyerah
Selain kisah romantik yang indah, filem Worth the Wait turut membawa penonton menyelami sisi kehidupan yang sangat menyentuh hati perjuangan pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat selepas kehilangan anak.
Ia mengangkat kisah Nathan (Osric Chau) dan Teresa (Karena Lam) yang melalui ujian perit dalam usaha memiliki anak. Sutradara Tom Shu-Yu Lin yang pernah mengarahkan The Garden of Evening Mists bersama penulis skrip Maggie Hartmans, Dan Mark dan Rachel Tan berjaya menggambarkan kesakitan dan kecekalan pasangan ini dengan jujur dan menyentuh.
Salah satu babak paling meruntun ialah apabila mereka kehilangan anak. Dari situ, kita dapat lihat betapa besar ujian fizikal, mental dan emosi yang perlu mereka hadapi — namun tetap bangkit dan terus berharap.
Kisah ini bukan sekadar naratif, tapi realiti yang dilalui ramai pasangan hari ini.
Jadi, apa sebenarnya yang boleh kita lakukan untuk terus berusaha mendapatkan zuriat selepas kehilangan?
Berikut beberapa tip yang boleh bantu kekal positif dan kuat sepanjang perjalanan ini.

Pulihkan Emosi & Tenangkan Hati

Kehilangan bukan perkara mudah jadi benarkan diri untuk bersedih. Jangan pendam. Sebab kita manusia. Tapi pada masa sama cari hobi atau aktiviti baru sepert membaca, berkebun, mendengar muzik atau berjalan santai di taman.

Bina Semula Hubungan Suami Isteri

Kadang-kadang kesedihan boleh menjarakkan hubungan suami isteri. Tapi sebenarnya, inilah masa untuk lebih erat dan saling menguatkan. Antaranya luangkan masa berdua tanpa tekanan, saling faham dan lebih terbuka dalam komunikasi.
Atau rancang staycation atau malam romantik di rumah – candlelight dinner pun dah cukup sweet! Kita cari jalan hidupkan semula keyakinan dan kasih sayang!

Kurangkan Tekanan & Tingkatkan Kualiti Hidup

Belajar kurangkan tekanan stress dan tingkatkan kualiti hidup untuk menyeimbangkan hormon kesuburan. Maka dengan itu kena selalu tenang. Mungkin boleh cuba teknik relaksasi seperti pernafasan dalam dan yoga ringan.
Ini juga tips penting — jangan bandingkan diri anda dengan orang lain!

Jaga Kesihatan Badan & Pemakanan

Tips ini mungkin baik untuk diamalkan semua iaitu gaya hidup sihat seperti mengambil makanan seimbang, senaman dan cukup tidur. dapat!

Jumpa Doktor Pakar Kesuburan

Selepas anda telah mencuba semua tips di atas dan melakukan komunikasi yang baik dengan pasangan dan memberi masa bertenang selepas beberapa ketika, mungkin tiba masa untuk dapatkan nasihat profesional.
Lakukan pemeriksaan awal boleh bantu kenal pasti punca sebenar dan peluang rawatan. Jangan takut dan rasa bersalah. Jadikan sesi ke klinik macam dating – boleh makan sedap lepas tu, buat kenangan manis!
Paling penting jangan menyerah. Rezeki itu datang dalam banyak bentuk dan selalunya ia benar-benar worth the wait.
Topic Berkaitan
#Filem
#Worth The Wait
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement