,
Tempatan

Mitsubishi Motors UK Lelong Koleksi Kenderaan Luar Biasa

Erywan
06/04/2021
02:41 MYT
Mitsubishi nampaknya tidak lagi dilihat menawarkan model-model kenderaan yang menjadi kesukaan ramai seperti tahun-tahun sebelum ini.
Tawaran itu bukan melibatkan kereta sport semata-mata tetapi Mitsubishi pernah ada model kereta baka rali dan kenderaan off-road rugged luar biasa yang menjadi tumpuan peminat.
Mitsubishi Motors United Kingdom (UK) mengumumkan acara lelongan 14 model kenderaan secara online di www.autoauction.co.uk. Model yang dilelong ini adalah barisan kenderaan warisan Mitsubishi dan sebahagian besar ialah pemanduan belah kanan yang dieksport terus ke UK.
Model yang disenarai ialah kenderaan generasi pertama Shogun dua pintu edisi 1987, sebuah 3000GT tahun 1992, satu unit Lancer Evolution VI Tommi Makinen edisi 2001 dan Lancer Evolution IX MR FQ-360 (2008).
Selain itu, ada juga model Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-440 MR (2015), Mitsubishi Galant Rally (1989), Mitsubishi Jeep J27 Soft Top (1983), kereta rali Mitsubishi Lancer Evolution IX - Group N Works Rally Car (2007), Mitsubishi Starion (1988) serta Mitsubishi Colt Lancer 1.4 (1974).
Apa yang menarik ialah semua kereta ini dilelong tanpa ditetapkan harga rizab dan lelongan akan berlangsung sehingga 30 April ini. Jika bercadang memiliki salah satu model ikonik Mitsubishi, anda boleh lawat laman ini: https://www.autoauction.co.uk/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kacak, Bergaya, Kuat & Tahan Lasak? Eh Bukan Zaquan Tapi Mitsubishi Triton Athlete Okay! Ini 6 Sebab Mengapa Anda Wajib Cuba

gempak
15/11/2021
05:03 MYT
Hebat bukan? Jadi apa tunggu lagi?
drebar

Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Perkhidmatan Terbaharu, Beli Kereta Dalam Talian Boleh Hantar Depan Rumah

gempak
12/10/2021
01:49 MYT
Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah kenderaan Mitsubishi untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya.
drebar

Mitsubishi Triton Catat Sejarah Dengan Jualan Tertinggi Pada September

gempak
07/10/2021
06:36 MYT
Sejumlah 1,521 unit diserahkan kepada pemiliknya.
drebar

Mitsubishi Motors Buka Pusat 3S Baharu Bukit Raja, Klang, Selangor

gempak
20/09/2021
05:21 MYT
Ini juga ada pusat pameran Mitsubishi Motors kedua untuk MN Wheels yang mana bangunan lokasi pertama terletak di Kuala Selangor.
drebar

Lebih RM500,000 Harga Untuk Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen Edition

gempak
10/05/2021
02:28 MYT
Kereta itu dibida pada harga £100,100 (RM572,874), menjadikannya kereta paling mahal terjual pada acara itu.
Unitar