gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nazrief Nazri Terima Permohonan Maaf Individu Fitnah Isteri Tapi….
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Raise The Star Malaysia Minggu 5
KELUANG MAN
Sasha Abdul Aziz Selamat Bersalin Anak Ketiga - “Alhamdulillah Lengkap Keluarga 2 Lelaki, 1 Perempuan, Saya Tutup Kilang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Qasrina Karim & Erysha Emyra Didakwa Saling ‘Unfollow’ IG? Peminat Luah Rasa Rindu - “Mungkin Masa & Keadaan…”

Umirah Halim
Umirah Halim
14/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Qasrina Karim & Erysha Emyra Didakwa Saling ‘Unfollow’ IG? Peminat Luah Rasa Rindu - “Mungkin Masa & Keadaan…”
Tindakan dua pelakon muda, Qasrina Karim dan Erysha Emyra yang dipercayai tidak lagi saling mengikuti (unfollow) di Instagram mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat setia mereka.
Situasi itu disedari peminat selepas tular satu video suntingan yang dimuat naik di TikTok memaparkan kompilasi gambar-gambar lama duo berkenaan ketika mereka masih rapat dan sering dilihat bersama.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat momen Qasrina dan Erysha saling berpegangan tangan, duduk bersebelahan serta tertawa mesra.
@annisa_syafiqah Tengok Erysha like poster qass je dah happy gilerr🥹 Kami masih ingat tawa korang dulu… macam tak ada apa yang mampu pisahkan.Awak berdua pernah jadi ‘safe place’ satu sama lain, dan jadi kebahagiaan untuk kami yang melihat dari jauh. Sekarang, mungkin masa dan keadaan dah ubah banyak perkara. Mungkin masa perlukan jarak, mungkin hati perlukan ruang. Tapi sebagai peminat, kami tak pernah berhenti berharap dan berdoa. Kalau tak kembali macam dulu pun tak apa… cukup sekadar saling mendoakan dari hati yang pernah saling mengenal. Kami rindu awak berdua—bersama. Walau kini waktu membawa arah yang berbeza, kami tak pernah berhenti merindui detik itu. Bukan untuk mengungkit, cuma ingin korang tahu… kasih dan support kami tetap untuk korang, bersama atau berasingan. Semoga bahagia itu tetap menemani kalian, walau bukan lagi di sisi yang sama. Kami berharap satu hari nanti korang berdua akan duduk semeja, senyum macam dulu, gelak mcm dulu dan semoga satu hari nanti, semesta akan lembut-lembut satukan kalian semula—bukan sekadar kenangan, tapi sebagai dua jiwa yang pernah saling menyinari. Amiin🤲 #qas #eryshaemyra #thariqridzuwancommandohistreasure #thariqridzuwan #bismillahfyp #fypシ ♬ suara asli - Ratna zulfana07 - user50440116547
Menulis di ruangan kapsyen, pemilik akaun TikTok terbabit meluahkan rasa rindu terhadap duo itu yang pernah menjadi kegemaran ramai.
“Tengok Erysha like poster Qass je dah happy gilerr. Kami masih ingat tawa korang dulu macam tak ada apa yang mampu pisahkan.
“Awak berdua pernah jadi ‘safe place’ satu sama lain, dan jadi kebahagiaan untuk kami yang melihat dari jauh. Sekarang, mungkin masa dan keadaan dah ubah banyak perkara,” tulis pemilik akaun TikTok tersebut di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa rindu terhadap keakraban Qasrina dan Erysha suatu ketika dahulu, selain berharap agar hubungan mereka kembali jernih dan mesra seperti dulu.
“Harapkan semua okay je antara mereka berdua, nak tengok cute interaction dorang berdua lagi hm.
“Mereka dah tak saling mengikuti lagi. Hakikat yang pahit. Mungkin ada salah faham.
“Mungkin dah tak rapat macam dulu, tapi tak semestinya bergaduh. Kita doa yang baik-baik je,” komen beberapa netizen.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak namun peminat tetap berharap agar Qasrina dan Erysha dapat kembali menjalin silaturahim, walau sekadar mendoakan dari jauh.
Topic Berkaitan
#Unfollow
#Qasrina
#Erysha
#emyra
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement