gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Nampaknya Yang Paling Besar, Bukan Betis Tapi Kepala” - Remy Ishak
VIRAL
Anak Usia Sebulan Jadi Mangsa Hinaan Netizen, Influencer Tampil Buat Laporan Polis - “Benci Saja Aku, Jangan Kaitkan…”
VIRAL
Prince Syed Rai Hari Jadi, Potong Kek Bertatah Emas Nilai Lebih RM200,000 - "Isteri Saya Pula Pakai Perhiasan RM2 Juta Ala Sridevi"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ajai Terkesan Lihat Tangisan AC Mizal - “Saya Tiada Hasad Dengki Ataupun…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/07/2025
05:25 MYT
Sponsor Banner
Ajai Terkesan Lihat Tangisan AC Mizal - “Saya Tiada Hasad Dengki Ataupun…”
Penyanyi dan komposer, Ajai tidak menyimpan sebarang dendam apabila dituntut untuk membuat permohonan maaf kepada kumpulan 4U2C baru-baru ini.
Menurut Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 50, dia agak terkesan melihat rakannya itu menangis ketika sidang media itu berlangsung dan terus membuat keputusan untuk memohon maaf.
“Sudah tentu saya terkesan melihat dia menangis sebab kita sudah kenal lama. Saya tidak berfikir panjang untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana saya tiada hasad dengki ataupun ‘vibe’ negatif dalam percakapan saya sebelum itu.
“Mungkin ada yang terasa, disebabkan itu lebih baik saya minta maaf. Tiada masalah untuk saya minta maaf sebab tiada dendam,” katanya.
Dalam pada itu, Ajai juga akui tidak mahu disebabkan satu pendapat menyebabkan hubungan baik yang dibina bersama AC Mizal itu keruh.
“Saya tak pernah anggap diri saya lebih hebat dengan memohon maaf. Apa yang saya fikir, mungkin kawan saya sudah terasa hati. Saya tak mahu disebabkan pendapat saya menjadikan hubungan kami sesama artis tidak ‘sedap’.
“Kami tidak berhubung. Kalau isu ini tidak berlaku pun, kalau terjumpa kami macam biasa sahaja. Tak adalah berhubung setiap hari,” ujarnya.
Sebelum ini AC Mizal menerusi satu sidang media khas meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Ajai yang mendakwa konsert 4U2C tidak boleh dianjurkan tanpa kebenaran pemilik lagu.
Susulan itu, beliau menerusi peguamnya menuntut Ajai memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau berdepan tindakan undang-undang.
Kontroversi tercetus apabila penerbit Man Senoi dan isteri, Mama Rap, mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert We 4U2C Live In Concert, sedangkan mereka merupakan pemegang hak cipta lagu kumpulan terbabit.
Topic Berkaitan
#Datuk AC Mizal
#Ajai
#Minta Maaf
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement