Tempatan
Kit Badan Albermo XCR11, Inspirasi Untuk Bikin Perodua D55L Lebih Garang
Perodua baru saja membuka tempahan kenderaan utiliti sukan (SUV) D55L yang sekian lama ditunggu oleh peminat tempatan.
Seperti mana kita tahu model terbabit adalah versi Toyota Raize dan kembarnya Daihatsu Rocky yang baru beberapa bulan dilancarkan di Jepun.
Terkini sebuah syarikat kustom kit badan dan talaan, Albermo di Jepun memperkenalkan kit badan kustom yang mengubah penampilan Raize dan Rocky kepada versi lebih garang acah Lamborghini Urus.
Kit badan yang dinamakan XCR111 terbabit merangkumi bampar depan, spoiler belakang dan gril depan bahagian bampar dengan rekaan seperti Lamborghini Urus.
Menariknya pilihan aksesori itu boleh anda padankan dengan Perodua D55L yang tidak lama lagi akan dipasarkan di Malaysia tanpa perlu melakukan modifikasi.
Pemasangan secara plug dan play itu memudahkan pengguna bagaimanapun Albermo menyatakan kit badan yang ditawarkan itu tanpa semburan cat dan produk terbabit tidak menjamin pengoperasian sistem bantuan pintar, sensor sisi dan fungsi standard asli yang lain.
Pihak Albermo juga berhak mengubah komposisi produk untuk tujuan penambahbaikan tanpa pemberitahuan. Bagaimanapun menerusi laman rasmi Albermo tidak dinyatakan harga kit badan itu, bagaimanapun mengambil kira nilai mata wang yang tinggi mungkin harga barangan kustom tersebut tidak murah!.
Must-Watch Video