gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England Dan Wales
HIBURAN
Kehadiran Bella Astillah Di Majlis Hari Lahir Ibu Syed Saddiq Buat Netizen ‘Cair’ - “Alhamdulillah Tumpang Happy”
VIRAL
Suara Merdu Siti Nurhaliza ‘Kejutkan' Lelaki Koma Di Australia - “Sebaik Saja Mendengarnya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Sebenarnya Saya Sangat Terkejut Dengan…” - Fazura

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
02/08/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
“Sebenarnya Saya Sangat Terkejut Dengan…” - Fazura
Pelakon dan penyanyi Nur Fazura meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya berjudul Luar Biasa mendapat sambutan memberangsangkan.

Lirik lagu

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Fazura atau mesra disapa sebagai Faz berkata ada lirik lagu yang dicipta oleh Ade Govinda dapat kaitkan dengan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Minta Izin Dengan Adab, Nak Video Pun Saya Bagi” – Fazura

“Terima kasih untuk semua komen yang indah. Saya sangat tersentuh dengan semua komen yang indah. Sebenarnya saya sangat terkejut dengan sambutan yang memberangsangkan untuk lagu ini.

“Di mana anda semula boleh relate dengan lagu Luar Biasa ini dan ia benar, dalam banyak perkataan dalam lirik ini yang dicipta oleh Ade Govinda untuk saya, dua perenggan yang macam kita akan ingatkan.

“Iaitu jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa dan sejujurnya memang bangkit itu ialah luar biasa untuk saya sendiri.
“Sebab saya sendiri pernah berasa di mana saya jatuh sebentar dan manisnya bangkit,” kongsinya.

Beri semangat

Dalam pada itu, Fazura turut berharap lagu tersebut juga memberi semangat kepada orang di luar sana yang sedang berdepan masalah dan mahu kembali bangkit.

“Kepada anda di luar sana yang sedang melalui fasa-fasa yang di mana anda rasa macam anda sedang jatuh atau pun sedang terluka, percayalah bangkit itu luar biasa.

“Jangan lupa terus berusaha dan bersabar, tabahkan hati untuk terus bangkit okay,” ujarnya.
@fazuraofficial Terima kasihhh banyakkk darlings 🙏🏻🤍🤍🤍 Sayangku padamu sungguh #Luarbiasa ✨ #fazurastudios @UMUSIC MY ♬ original sound - Nur Fazura
Topic Berkaitan
#Fazura
#Nur Fazura
#Luar Biasa
#Ade Govinda
#Lagu Fazura
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement