HIBURAN
Kehadiran Bella Astillah Di Majlis Hari Lahir Ibu Syed Saddiq Buat Netizen ‘Cair’ - “Alhamdulillah Tumpang Happy”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyorot perhatian netizen selepas dilihat menghadiri majlis membabitkan keluarga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah difahamkan menghadiri sambutan ulang tahun kelahiran ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani.
Dalam video berdurasi 15 saat itu, Bella mengenakan gaun labuh berwarna biru dan kelihatan mesra menyantuni ahli keluarga yang turut hadir ke majlis istimewa tersebut.
Menariknya, ramai pengguna TikTok turut berterima kasih kepada individu yang sempat merakam momen berharga itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang bahagia melihat hubungan yang terjalin antara dua keluarga.
“YB nak privacy tapi cctv serata alam 🤫 dia xtahu team bass pny cctv paling terbaik.
“Saling bertukar2 sambut birthday untuk kesayangan masing2.. Alhamdulillah mereka saling menghormati n menyanyangi keluarga pasangan.. love BASS.
“Saling melengkapi kehidupan dua insan ni.
“Terima kasih CCTV bergerak.
“Wah Bella sekarang sebahagian dari keluarga YB jugak,” kata netizen.
Must-Watch Video