,
Tempatan

Ford Temui Kulit Bernilai USD100,000 Selepas Bersihkan Garaj

Erywan
31/03/2021
02:14 MYT
Jika Ford tidak melakukan operasi pembersihan bahagian jabatan pembangunan produk, mereka sudah tentu tidak mengetahui memiliki material pembuatan yang tersimpan lama.
Ford mengemas kini pusat pembangunan itu untuk dimusnahkan bagi pembinaan kampus syarikat masa depan. Siapa sangka mereka menemui segudang material kulit bernilai USD100,000 (RM414,650) yang digunakan oleh pasukan pembangunan bagi membuat prototaip kabin dan kenderaan akan datang.
Proses itu memerlukan pelbagai percubaan warna dan paten mengikut kesesuaian. Tentu jumlah bilangannya bertambah sekian tahun bahkan mereka juga menemui dua palet kulit warna Ebony, Kasmir dan King Ranch Red. Susulan itu Ford memutuskan untuk mendermakan produk yang mereka kepada peniaga tempatan.
"Ini adalah situasi yang unik di mana kami dapat menyumbangkan sebahagian kulit premium automotif kepada perniagaan kecil di Detroit. Kami sangat gembira ia dapat digunakan dengan baik oleh mereka," kata Pengarah Proses 3D, Jim Conner.
Ford mendermakan produk berkenaan kepada Mend on the Move yang menggunakan komponen auto kitar semula bagi menghasilkan barangan perhiasan dan kulit, manakala Pingree Detroit pula sebuah syarikat yang membuat but, dompet dan pelapik gelas dengan menggunakan material kulit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.
drebar

Ford AS Beri Insentif AS$1,000 Untuk Pelanggan Terus Bersabar

gempak
11/06/2021
04:22 MYT
Kelewatan stok kenderaan tiba kepada kumpulan pengedar berpunca daripada masalah bekalan cip semikonduktor global.
drebar

Ford Maverick - Trak Pikap Kompak, Lebih Kecil Daripada Ranger

gempak
11/06/2021
02:55 MYT
Biarpun kecil, ia masih dikekalkan dengan kemampuan untuk membawa beban maksimum 680kg dan kapasiti tunda maksimum 907kg.