,
Tempatan

Boleh Tahan Menarik, Versi Honda Wave 125i Baharu Di Thailand

Erywan
06/05/2021
04:26 MYT
Honda Thailand menjadi negara kedua selepas Malaysia untuk memperkenalkan Wave 125i edisi dipertingkat dengan pilihan warna baharu, baru-baru ini.
Kapcai ini menggunakan enjin silinder tunggal 125cc dengan kotak gear empat kelajuan. Minyak petrol disampaikan ke kebuk pembakaran melalui teknologi pancitan bahan api elektronik (PGM-FI).
Output kuasa maksimum ialah 9.15hp dan tork puncak adalah 10.2Nm. Spesifikasi ini sama seperti Honda Future 125 FI di Vietnam.
Honda Thailand mendakwa setiap liter menyamai jarak tunggang sejauh 74km atau 1.4 liter bagi setiap 100km. Tangki minyak Honda Wave 125i ialah sebesar 5.4 liter.
Reka bentuk kekal seperti model sebelum ini dengan rekaan lampu berbentuk huruf X dan garis badan tajam. Rim digunakan masih 17 inci.
Sistem brek ialah jenis cakera pada roda depan dan brek dram di rim belakang. Versi di Thailand agak ketinggalan berbanding tawaran Boon Siew Honda yang memasang brek cakera di roda belakang Wave 125i.
Kapcai ini menggunakan lampu utama LED. Lampu signal dan brek belakang Wave 125i berkongsi perumah sama untuk pasaran Thailand. Kalau di Malaysia, lampu signal belakang ialah jenis capang dan terpisah dengan brek belakang.
Instrumen meter Wave 125i baharu Thailand sama seperti model di Malaysia tetapi memiliki latar pencahayaan biru lembut (Malaysia pula warna merah).
Ruang simpanan barang bawah pelana agak besar iaitu 17 liter yang boleh menempatkan topi keledar biasa dengan selamat.
Warna baharu ialah Metallic Matte Gray (kelabu) bersama rim sport hitam. Selain itu, ada juga tiga pilihan kombinasi warna untuk versi rim sport dan rim jejari biasa:
  • Merah biru - rim sport hitam
  • Putih merah - rim sport hitam
  • Hitam merah - rim sport hitam
  • Hitam - rim jejari
  • Biru hitam - rim jejari
  • Merah hitam - rim jejari
Harga Wave 125i versi rim sukan bermula serendah 56,000 baht (RM7,532) manakala jenis rim jejari dijual pada harga asas 53,800 baht (RM7,235).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?