,
Tempatan

BMW Group Malaysia Lancar Aplikasi Mobiliti Baharu buat Pemilik BMW dan MINI

Erywan
31/03/2021
05:24 MYT
BMW Group Malaysia memperkenalkan My BMW App dan MINI App yang terbaharu untuk memperkayakan lagi Pengalaman Pemilikan Premium untuk menggantikan aplikasi BMW Connected dan MINI Connected yang sedia ada.
Aplikasi My BMW App dan MINI App hadir dengan penampilan baharu yang serba intuitif bagi menawarkan pengalaman kepenggunaan yang ringkas serta perkhidmatan yang mampu mendukung mobiliti elektro berindividu ke aras yang lebih tinggi di Malaysia.
Struktur tab tiga serangkai yang serba minimalis pada My BMW App dan MINI App menampilkan tab Vehicle, Map dan Home.
Tab Vehicle yang pertama memberi akses ke atas perkhidmatan kenderaan berjarak jauh yang meliputi Active Charging, Vehicle Finder, Remote Lock dan Remote Unlock dengan Climate Charge serta Climate Timer. Ciri kefungsian eksklusif dalam My BMW App yang baharu turut merangkumi Remote Engine Start dan Flashlights, di samping Remote Software Upgrades untuk memastikan perisian kenderaan pengguna sentiasa dikemaskini.
Selain itu, pengguna dapat menguruskan keperluan servis dan penyenggaraan kenderaan mereka melalui aplikasi itu termasuk penggera servis dan panggilan semula, serta penjadualan janji temu dalam talian.
Jika pengguna menghadapi masalah, BMW Roadside Assistance dan MINI Roadside Assistance juga boleh dihubungi melalui aplikasi baharu ini.
Fungsi e-mobiliti yang disediakan di bawah tab Vehicle dalam kedua-dua aplikasi itu menyediakan gambaran keseluruhan yang ditambah baik ke atas Fuel/Battery Level, Range Status dan Charging Status serta Charging History yang juga sebagai fungsi baharu di aplikasi itu. Fungsi pra-penyediaan kenderaan juga ditawarkan sebagai standard demi kemudahan tambahan.
Tab Map membolehkan pengguna kekal termaklum mengenai lokasi dan destinasi yang dituju, yang turut membawakan fungsi seperti Map Search dan Point of Interests (POIs) dengan ciri e-mobiliti baharu yang meliputi Nearby Parking dan Charging Spots, Charging Station Details serta POIs yang dapat dicapai.
Pengguna juga kini boleh menghantar destinasi kepada kenderaan berkenaan selain berkongsi lokasi daripada aplikasi eksternal. Bagi pemilik kenderaan berelektrik, Range Circle on Map membantu mereka mengenal pasti destinasi yang boleh dicapai dalam jarak capaian semasa, berdasarkan lokasi semasa.
Pemilik BMW dan MINI juga boleh meneroka fungsi Message Center dalam aplikasi baharu tersebut, di samping fungsi personalisasi profil di mana pengguna boleh memuat naik imej yang diperibadikan ke profil pemandu mereka. Eksklusif bagi My BMW App, Connected Drive Store juga boleh diakses dalam aplikasi tersebut, berserta dengan fungsi Discover BMW.
Bukan itu sahaja, pengguna dengan model-model BMW yang terpilih boleh memadankan BMW Digital Key mereka dengan My BMW App yang mana buat masa ini tersedia bagi telefon pintar iOS sahaja. Untuk menggunakan fungsi BMW Digital Key melalui iPhone, pengguna perlu mengaktifkan Connected Drive Services, dan kenderaan BMW itu mesti dihubungkan dengan BMW ID.
My BMW App dan MINI App, masing-masing akan menggantikan aplikasi BMW Connected dan MINI Connected secara menyeluruh menjelang Julai tahun ini. Di samping itu, pengguna yang sudah berdaftar di bawah aplikasi BMW dan MINI tidak perlu mendaftar sekali lagi untuk mengakses My BMW App dan MINI App. Ia boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.
Viral

Berlagak Pakai BMW, Remaja Teruk Dihencap Netizen Sebab Hina Penunggang Motosikal - "Muka Pun Macam..."

gempak
03/09/2024
13:55 MYT
"Kerana mulut badan binasa", itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan individu yang tidak menjaga percakapan sehingga memakan diri.
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Laman Utama

Anak Ben Affleck Usia 10 Tahun Bawa Lamborghini Langgar BMW

gempak
28/06/2022
03:50 MYT
Anak lelaki Ben Affleck, Samuel Garner Affleck telah menyebabkan kemalangan kecil terhadap dua buah kereta mewah.