berita

Misi 111 Emas Tercapai, KJ Dah Tak Cemburu Dengan Populariti Rimau

gempak
Fiza Kamarudin
29/08/2017
04:16 MYT
Sponsor Banner
Misi 111 Emas Tercapai, KJ Dah Tak Cemburu Dengan Populariti Rimau
Misi untuk mencapai pungutan 111 pingat emas di temasya Sukan SEA 29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) telah dicapai oleh pasukan negara menerusi Azizulhasni Awang yang menjuarai acara basikal trek pecut individu, pada malam Isnin.
Menerusi pemerhatian di laman sosial, rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira dengan pencapaian tersebut.
Aksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang meraikan kejayaan tersebut di Velodrom Nasional, Nilai bersama maskot Rimau turut mencuri perhatian.
Rentetan kemesraan antara Ahli Parlimen Rembau dan maskot Rimau, pemilik akaun Twitter @sportsmalaysia berseloroh dengan KJ menerusi sebuah entri.
"Alhamdulillah, misi #111emas tercapai dan penting juga Abah dan #rimau dah OK. Abah dah tak jealous dengan kepopularan #rimau, kan abah," tulis akaun tersebut dalam nada gurauan.
Tweet tersebut turut disertakan dengan sekeping foto KJ memeluk Rimau.
Menariknya, tweet tersebut mendapat perhatian KJ dan diretweet menteri tersebut.
Dalam pada itu, akaun Twitter milik Bernama @bernamadotcom juga memuat naik empat keping foto KJ bergurau senda bersama Rimau.
Tweet tersebut turut mendapat perhatian netizen dengan mendapat hampir 4,300 ulang siar (re-tweet).
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Twitter @sportsmalaysia dan @bernamadotcom
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024